Monday, April 14, 2014

Rindu Elken Winners Nite 2013...

Salam semua.. Pertama kali Winners Nite di tee up oleh leader pada tahun lepas, dah mula rasa terbakar dan terpanggil-panggil untuk join. Sebab katanya ia event terbesar Elken dan akan diraikan penuh gilang-gemilang macam Anugerah Oscar. Huhu serius ke? Mula-mula agak tak percaya sebab saya pernah juga join company lain wat majlis yang sama di tempat yang sama tapi takdelah hebat mana pun. Seat pun banyak kosong.. So, saya fikir Elken pun sama juga... Kot-kot macam anugerah kecemerlangan kat sekolah je kan.. Tapi tetap nak datang sebab 1st time nak tengok apa kehebatan Winners Elken ni...

Akhirnya tiba event yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Elkenian. Perghhhhhhhhhhhhhh masuk-masuk je saya dah terbakar dah tengok betapa grandnya stage dia! Tekaan saya silap! Elken memang menunaikan janjinya menyediakan event sebagaimana yang diwar-warkan. Bukan sekadar indah khabar daripada rupa. 


 Dengan sound effect dan lighting yang sungguh superb! Serius if nak wat event camni mahu berjuta bajetnya! Tapi Elken mampu menganjurkannya!


Masa tu saya hanya melihat dari jauh... Bila seorang-seorang demi seorang diraikan, serius saya jadi terbakar giler! Tak pernah diraikan sedemikian rupa. Paling tidak pun dalam Majlis Konvokesyen masa grad di UKM dulu. Huhu... 

Dari jauh saya lihat leader saya, CCM Kak Ena dan Abg Boy diarak menaiki kereta mewah sebelum naik stage untuk ambil award.. Ya Allah best giler!!!


5 kali mereka menaiki pentas untuk terima 5 awards! Perghhhh luar biasanya leader saya....! 


Kerana mereka berdua lah menjadi inspirasi saya untuk naik ke pentas Winners Nite tahun 2014. Dan saya berjaya merealisasikan impian itu dengan bimbingan dan sokongan mereka yang tak berbelah bagi. Tq upline tersayang!^_^

Hadiah bunga dan teddy bear untuk leader tersayang... Di Elken , lagi orang berjaya lagi kita suka dan kita akan borrow power sehabis baik. Sebab tu tiada istilah bersaing sesama sendiri sebab kami berada dalam 1 bangsa yang sama iaitu bangsa Elkenian. Jayakan diri, jayakan bangsa...

Merasa lah juga naik stage selepas event habis. Perghhh terasa aura kejayaan mula menyerap dalam diri....

Miss this moment! Masa tu saya datang berdua je dengan my fighter Analulu dan Akma. My family pun ada datang tapi balik awal sebab ada hal tak dapat dielakkan.

Bersama-sama senior leader jutawan MCCM MaelCoddy.. Hebatnya dan bangganya dengan kejayaan mereka!

Antara jutawan-jutawan yang telah diraikan.. Status jutawan bermaksud mencapai income kumulatif RM1juta dalam tempoh 3 tahun.. Tahniah jutawan!

Begitu happy nya mereka diraikan! Syukran syukran syukran...

Ahha.. Tahun 2013 artis jemputannya adalah Faizal Tahir.. Perghhh penonton lagi tak berganjak dari tempat duduk.. Sampai kat tangga-tangga pun penuh orang duduk!

Perghh best giler dapat bergambar dengan Faizal Tahir! Nasib tak kena peluk dengan peminat. Ahaksss....

Saya takdelah minat beliau sangat tapi bila dapat tengok live walaupun dari jauh masa tu tetap juga rasa terbakar tengok yang lain mengerumuni penyanyi superstar Malaysia nehhh! Huhu..

Tahun 2013, Faizal Tahir... Tahun 2014, siapa?? Jom dapatkan tiket Winners Nite Elken 2014 anda sekarang! 19 April 2014 bakal mengulangi sejarah kegemilangan winners nite!!! Dah sedia??? Klik SINI untuk maklumat lanjut..=)


Misya : Go for success, money will come.

9 comments:

  1. sesuatu yang indah memang kita akan rindui...

    ReplyDelete
  2. sweet moment lives forever kannn hehehe

    btw terima kasih sudi join sesi promote di blog mak dara.. Mak dah buat senarai jom terjahhhhh http://www.bicaramakdara.com/2014/04/promot-blog-kaw-kaw.html

    ReplyDelete
  3. Jejak blog dari segmen Mak Dara.
    Yangbaik tak pernah join even besar macam nie... teruja pula tengok event macam ni... terutama ada retis glamour :D

    ReplyDelete
  4. happeningnya! Salam perkenalan aimi, kenit terjah dari segmen mak dara (^_^)

    ReplyDelete
  5. seronoknya...good luck dear...SA datang dari segmen Makdara...rasanya dah lama follow cuma jarang singgah ke sini....

    ReplyDelete
  6. fuhhhh.. 1 juta dalam 3 tahun ???

    ReplyDelete
  7. Saat yang menyeronokkan . Wani datang ziarah dari segmen MD (:

    ReplyDelete
  8. wahhh.. ada faizal tahir.. jeles ni...

    pssttt datang dari segmen mak dara...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...