Thursday, April 17, 2014

Pakai tudung bila perlu sahaja? -Raja Azmi

Salam. Fuh panas betul isu tentang kenyataan produser yang sangat lantang mengeluarkan kata-kata siapa lagi kalau bukan Raja Azmi. Terbaru, isu beliau tidak setuju wanita yang tidak bertudung akan masuk neraka. MasyaAllah.. Macam-macam feel yang saya rasa. Terkejut, geram, sedih, marah pun ada. Walaupun saya bertudung dan di keliling saya ramai juga yang free hair tapi takde la pula mereka berani keluarkan statement sedemikian. Paling tidak pun ada yang cakap belum sampai seru nak bertudung. Tudung tak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat dan ianya bukan mengikut keperluan.




Menurut Astro Awani..

KUALA LUMPUR: Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi.


Sama-sama kita doakan Raja Azmi dilembutkan hati untuk bertudung suatu hari nanti. Aurat wajib ditutup bukan memakai tudung ikut keperluan. Bahaya tu if orang jahil di luar sana mendengar statement sebegini pasti menimbulkan salah faham. My husband pun if dengar ada perempuan yang cakap taknak pakai tudung terus dia akan kata "Nak masuk neraka ke apa? Hukum Allah jangan dimain-main" Wallahualam..


Misya : Jatuh cinta dengan tudung labuh menutup dada tapi masih ada fesyennya.

6 comments:

  1. inshaallah nanti satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. Masya'Allah. Semoga beliau diberikan hidayah kelak. Amin

    ReplyDelete
  3. ishk..retis ni bile bercakap..ikut kepala otak sndiri je kan.

    ReplyDelete
  4. hmm orang islam sekarang, semoga dia cepat sedar dan berubah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..yaya baca pun terkejut kak..
    menutup aurat itu wajib dan bila kita melanggar berdosa lah kita..
    memang tudung itu tidak lagi mampu menggambarkan dia baik atau tidak tapi sememangnya kita akan mula menganggap seseorang itu baik dimata kita bila dia memakai tudung..
    bukan salah tudung kalau diri tak baik tapi sekurangnya seseorang itu cuba menjadi baik..
    bila kak mi sebut dia nak buat ibadah lain, sepatutnya dia knelah juga cuba memakai tudung secara istiqamah..itu juga merupakan satu ibadah..
    semoga dia mendapat petunjuk.. amin..sedih bila ada yang main cakap tanpa menitik beratkan isi yang dilemparkan,,

    ReplyDelete
  6. setuju la ckp cik yaya..sepatutnya jd tauladan untuk anak2..malu kot ank dgr mak ckp begitu..sekolah pun dah belajar...moga dia peroleh petunjuk dan hidayah suatu hari nt

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...