Menu lunch Korea kami... Agak special sebab ada lempeng sayur-sayuran. Ahaks.. Lempeng dia macam murtabak je rasa. Then ada ikan bakar. Ermm sedap juga!
This is our lunch!
Kali ni duk bersila atas lantai..
Next!!! Shopping terakhir di Korea.. Syurga membeli-belah di pusat bandaraya Seoul iaitu Myeongdong. Tempat ni betul-betul dekat dengan Namsan Guesthouse, tempat 1st kami ke sini. (Baca SINI)
Mari menghabiskan duit! Ahaksss.....;)
Cuaca tersangatlah sejuk!
Benda 1st yang kami nampak.. Huhu geram tengok strawberry gemok-gemok! Manis! Tak macam strawberry Cameron Highland. Huhu...
Benda famous yang orang Korea suka beli ada collagen mask. Sangat murah!
Jom jalan lagi... Nak cari benda terbaik berbaloi dengan harga. Ngehehehe...
Dah jumpa! SPAO... Jom masuk! Sejuk kat luar ni.....
Wow!!! Winter jacket ni 19000 won jek!!! Rugi tak beli ok. Darab 3 duit Malaysia RM57 jahhh! Harus grabbbbb.....!
Dapat dah 1 benda...
Sebenarnya saya cari brand favourite saya iaitu FTimber. Dekat Myeongdong ni memang syurga shopping. Yang berjenama, tak berjenama semua ada dijual di sini. 24 jam tempat ni dibuka tau.. Huhu...
Alolo hubby saya... Orang lelaki bab shopping memang slow sikit tapi nak taknak dia kena ikut saya juga round 1 Myeongdong neh. Hehe...
Cari-cari FTimber tak jumpa maka kami singgah bertanya kaunter information.. Takde kaunter pun tapi ada person incharge yang pakai baju merah ni untuk mohon bantuan apa-apa.
Tapi hampa kerana brand FTimber tiada di sini.. Yang ada Landrouver. Ahakss..
Hari sudah semakin gelap, semakin ramai pengunjung di sini..
Jalan-jalan diteruskan...
Akhirnya grab lagi 1 benda! Winter boot yang sangat cantik! Sama harga dengan winter jacket saya dapat tu. Murah! Rugi tak beli.. Apa lagi, grab la 1! Hehehe...
Akhirnya ini sahaja dapat dirembat. Huhu... Kasut sepasang dan winter jacket.
Mengidam chocolate strawberry! Sebatang 1000won = RM3.00.. Sodap!
Perut sudah rindu makanan Malaysia.. Akhirnya Elken bawa kami ke restoran Mentari; hidangan makanan Malaysia..
Elken memang the best!
Sambal tumis, kari asam pedas, kari telur... Ya Allah sedapnya...........
Jemput makan...;)
My hubby sudah tak sabar nak melantak!
Terbaekla!
Aktiviti bershopping diteruskan buat kali terakhir.... Kali ni kami ke Minglione.. Shopping centre 24 jam bersebelahan Doota shopping Mall.
Alamak tersenget gambo ni.. This is Minglione!
Perghhh banyak giler choice kat sini! Segala kasut, baju, beg semuanya ana yang punya!!!!
Syurga dunia! ;)
Encem nya dia....;)))
Hasilnya.... Inilah dia yang dapat kami rembat sepanjang di sini... Antara yang terbaik adalah kasut but winter tu.. Biasa harga dia RM300-400 tapi saya berjaya dapat tak sampai RM100 pun!!! Kat Korea ni nak shopping memang kena pandai pilih. Ada benda berbaloi dibeli. Ada yang terlampau mahal if tak sedar kita terbeli. Alhamdulillah semua yang kami dapat berbaloi dengan bajet kami. Ngehehehe... InsyaAllah benda-benda ni leh guna untuk trip akan datang. Elken trip memang superb!
Next : Part 12
Misya : Beli ikut keperluan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.