Wednesday, April 23, 2014

Korea Free Trip Part 8 : Belajar buat Kimchi dan bergaya dengan pakaian tradisional Korea!

Salam. Wah tak habis-habis story tentang trip saya pi Korea dengan jutawan-jutawan Elken kan.. Hehe.. Sambung daripada Part 7, kami meneruskan perjalanan dari Yeoju Premium Outlet ke Sekolah membuat Kimchi! Tahu apa itu Kimchi? Ini adalah makanan tradisional Korea di mana setiap wanita Korea wajib belajar membuatnya. If tak pandai buat maka mereka tak boleh kahwin! Ala-ala sambal belacan juga tapi di Malaysia perempuan tak pandai masak pun boleh kahwin.;p 


So, dah ready nak wat Kimchi... Bahan-bahannya sayur kobis salad dan sambal yang telah diadun dengan beberapa herbs. Sayur tu boleh je guna sayur lain sebenarnya.. Tapi untuk sesi belajar ni kami guna salad kobis.

Makesure pakai sarung tangan k.. Semuanya telah disediakan di sekolah ini..



Suasana dalam kelas Kimchi... Macam-macam rupa jadinya Kimchi kami. Hikhik..


My hubby pun excited nak buat Kimchi juga....


We are ready!


Jom bermula!

Cara-caranya? Sapukan setiap helaian kobis tu dengan sambal tu. Jangan ada helaian yang tertinggal..
Masing-masing excited nak wat Kimchi!
Huhu saya dan Farah... Fokus bebenar kami berdua. Hehe..

Then lipat-lipatkan ia, jadi macam atas ni, so siap! Ianya akan diperam selama beberapa hari sebelum boleh dimakan.



Inilah Kimchi saya, hehe... Kimchi ni akan diberikan kepada orang-orang tua dan anak yatim. Kiranya semasa buat Kimchi perlu dilakukan penuh kasih sayang. Sebab hasilnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Kira aktiviti amal jugalah.:)

Sempat posing before start... Apa-apa pun memang unik Kimchi ni. Dia kira macam sayur jeruk menggunakan cili yang dikisar bersama beberapa herbs. Rasanya masam-masam, pedas-pedas sikit. Boleh cicah dengan sengkuang, lobak atau apa sahaja makanan sebagai penyedap rasa. Tapi apa-apa pun sambal belacan dan sambal tempoyak kita juga yang the best! Wakakaka...

TQ Elken bawak kami belajar buat Kimchi!

Next.... Di tempat yang sama, disediakan kostum tradisional Korea yang boleh digayakan!


Excited nak try baju Korea yang cute tu! Jom....

Masing-masing teruja pilih baju Korea memasing untuk bergambar kenangan..

Pilih jangan tak pilih.. Bagi baju wanita, ada 2 helai perlu dipakai. 1 macam dress labuh tanpa lengan dan di luarnya ada macam jaket pendek yang perlu diikat di hadapannya. Nipis dan ringan je baju dia sebenarnya.


So saya pilih yang ini.. Of course mesti ada warna pink! hehe...

Cewah! Dah lama tak posing ala-ala model giteww..

Ada gelembung dah macam pregnant la plak!:p

Baju lelaki senang je.. Sehelai then ada topi khas..

Pasangan pengantin baru sedang beraksi. Cewah!

Anyeohaseyo...;)

Bersama-sama jutawan dan jelitawan yang lain..

Suasana di luar bangunan... 

Semua busy mahu bergambar dengan busana Korea...

Tiba-tiba terpandang anjing yang sangat unik dan comel.. Geram je tengok. Macam musang pun ada.. Nasib tak boleh pegang kala tak dah lama saya peluk-peluk. Putih bersih bulu dia... See u again! Ahaks..


Next! Sesi menghabiskan duit! Wakaka... Shopping time! 

Now kami di Doota!! Pusat membeli-belah terkenal di Korea.. Segala macam barang berada di sini. If nak beli souvenir Korea pun ada dijual di tingkat atas sekali... Rambang mata babe!

Sempat hubby ku posing depan Doota. So if anda nak shopping kat sini memang best! Tapi agak mahal sebenarnya di sini. Tapi ada 1 lagi bangunan di sebelahnya murah-murah giler! Kalau banding duit Malaysia mahal juga sebenarnya. Hehe.. So cepat-cepat buat income kat Elken boleh shopping puas-puas ok!

Ahaks... Rugi tak shopping bila dah sampai sini. Ngehehe..

With DCM Farah dan jutawan MCCM Kak Coddy...

Suasana di bandar Seoul.. 

With Eila... Very friendly person... 

Happy nya.. With hubby tersayang....

My hubby with jejaka-jejaka jutawan di Elken.. DCM DJ, CCM Abg Wan dan DCM Abg Burn...

Belakang tu adalah Minglion, bersebelahan dengan Doota... One of tempat shopping juga. 24 hours dibuka! Perghhh puas hatilah nak shopping sampai Subuh. Haha..

Ok its time for dinner.... Kali ni kami dibawa makan sup ayam Ginseng... Antara makanan tersedap sepanjang kami berada di sini. Barulah ada perisa sedikit. Wakaka..



Hubby yang kelaparan, puas hati dapat makan sup ayam ni. Ayamnya sangat besar, tak larat nak habiskan. Huhu..

Sup ayam ni dihidang panas dalam claypot. Menggelegak lagi sup nya masa dihidangkan.

Boleh makan dengan mee...


Lapar sungguh suamiku.. ;) Selamat menjamu selera yang sayang..

So, next destination ke mana? Tunggu part 9 ya!;) Lagi best............!



Misya : Melancong sambil belajar.


3 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...