Salam.. Haa para wanita dan lelaki di luar sana yang ghairah mahu menguruskan badan dengan cara pantas dan mudah, make sure anda jangan ambil jalan pintas amalkan 3 produk pelangsing yang diumumkan dalam paper Berita Harian hari ini. Apakah 3 produk tersebut?
Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.
Sebelum ini saya sendiri pernah berkongsi tentang bahaya salah satu produk di atas iaitu Figure-Up dalam entri INI. If ada sesiapa yang masih amalkan diharap berhati-hatilah. Ini kerana menurut Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal. MasyaAllah... Takutnya!
Cerita selanjutnya klik SINI.
Before beli sesuatu produk, semak dulu produk tersebut selamat atau tidak. Bukan main redah beli sebab harga murah. Beli 10 botol RM20.00! (contoh) Terpedaya dengan harga murah, terus beli sebab nak kesan cepat dengan harga yang murah tanpa ada apa-apa jaminan kualiti dan keselamatan. Bahaya okeysss!
Bukan nak promote produk tapi so far anda boleh try amalkan Sensualit from Elken. Terbukti dari segi keberkesanan melalui kajian-kajian saintifik yang diperakui dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Yang penting Halalan Toyyiban... Nak tahu sensualite tu apa? Boleh baca SINI.
Misya : Benda murah tapi bahaya lagi ramai orang beli.
ramai yg dah tahu bahaya figure tp nak juga menggunakannya....
ReplyDeletefigure up tu pon ke?? :O
ReplyDelete