Wednesday, May 8, 2013

Ashraf Muslim madukan isteri???

Salam semua.. Semalam baru sahaja terbaca dari entry rakan blogger 3dalam1 berkenaan pelakon popular Ashraf Muslim yang banyak membintangi drama-drama berunsurkan Islamik sedang mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah bagi membolehkan beliau berpoligami!! Agak terkejut juga saya mendengar berita ini. Ashraf dikatakan mahu berkahwin lagi kerana ketiadaan zuriat selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama-sama Noor Dayana.

Akhbar Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan berkenaan perkara ini daripada Ashraf sendiri.

Bila dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan tentang perkara itu, Ashraf mengakui telah ke mahkamah syariah bagaimanapun enggan menjelaskan sebab dia ke sana. 

Beliau hanya memberitahu "memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang" saat ditanya jika benar tuduhan rumahtangganya mula bergolak sehingga menyebabkannya kahwin lain.Ashraf juga sempat berkongsi kehidupan bersama keluarga berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Dia dan isteri ada berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional namun belum dikurniakan rezeki.




Walaubagaimanapun hari ini melalui blog Celoteh Ci Yaya, seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau redha sekiranya berlaku perkahwinan antara beliau dengan Ashraf Muslim.

"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami pun sudah berjumpa bercakap menegnai hal ini. Cuma dia pesan, kala boleh elakkan (perkahwinan) . Bagaimanapun, jika ia berlaku dia reda , "dedah wanita yang dikaitkan bakal bergelar isteri kedua pelakon dan pengamal perubatan Islam , Ashraf Muslim, 32 yang hanya mahu dikenali sebagai Sakinah.

Isu pelakon filem Aku Masih Dara itu bakal berkahwin lagi hangat diperkatakan apabila sebuah laman forum (blog) mendedahkan perkara itu. Sakinah ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan segala keputusan di tangan Ashraf sama ada mahu memperisterikannya atau tidak.

"Saya sudah melakukan solat istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk . Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi keluarga Ashraf dan isterinya.

"Sejujurnya saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai perkara ini adalah Ashraf", katanya yang dihubungi semalam.



Mungkin apa yang berlaku ada sebab musababnya right? Tak tahu adakah benar perkara ini, tunggu apakah kenyataan Ashraf Muslim dan isterinya berkenaan perkara ini. Itu pun terpulang pada yang empunya diri. Kalau benar, saya sendiri pun salute dorang ni sebab menyelesaikan isu-isu sebegini dengan baik tanpa melibatkan orang luar. Tak gaduh-gaduh. Takde salahnya bermadu jika ada sebab yang munasabah. Buat isteri Ashraf Muslim, InsyaAllah payung emas di syurga menanti anda. Sungguh suci hati anda dan tak semua wanita mempunyai kekuatan seperti anda..:)



Cik Misya : Takdir Tuhan tiada siapa menduga.

11 comments:

  1. Erkk... rasa macam tak adil pulak, kesian kat dayana.. even semua tu kan ditangan Allah =D

    ReplyDelete
  2. follow blog saya.. saya dah lama follow blog awak.. harap follow blog saya polk...

    ReplyDelete
  3. BARU AJE KAWIN DAH MELATAH.. ADA ORANG SAMPAI 10 THN KAWIN LEBIH KAWIN PUN MASIH LAGI BERSABAR DAN BERUSAHA .. DAN SEKARANG BYK KEKDAH SAINTIFIK BOLEH DI GUNAKAN CUMA HENDAK ATAU TAK NAK AJE....

    ReplyDelete
  4. cepat sangat nak amik jalan mudah..

    ReplyDelete
  5. alaa... tggu la 4-5 thun lgi..
    mgkin blum rezeki nk dpt anak skrg..
    yg penting usaha...
    ksian kat diyana...

    ReplyDelete
  6. hmm *chill out while reading komen2 di sini*

    ReplyDelete
  7. Kesian kat isteri dye. Banyak lagi cara lain. Kalau tak dapat, ambik anak angkat pun boleh gak.

    ReplyDelete
  8. tah.. kalau benar kerana faktor zuriat.. ramai yg bertahun puluh tahun tunggu! kalau atas faktor lain Wallahualam ler.. isk..

    ReplyDelete
  9. wah isu hangat nie...suka tengok asyraf tu dik..hihi...apa-apa..jangan sekali menyakiti wanita..kerana wanita ada hak untuk bahagia..:)

    ReplyDelete
  10. sedih kenangkan isteri dia.. wanita mana nk kan bermadu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...