SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA
Nota: Akhirnya keadilan dapat ditegakkan! Al Fatihah untuk mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pembunuhan ngeri ini. Moga tenang roh mereka di sana dan di tempat di kalangan roh orang-orang yang beriman... Amin..
Cik Misya : Islam agamaku. Menjauhkan diri dari perkara buruk.
sepandai2 tumpat melompat akhirnya jatuh ke tanah.. sebelum ni dpt cover up jenayah yg dilakukan ..
ReplyDeletehairan lah dengan manusia macam ni. macam mana dia sanggup membunuh. yang umur 21,22..aduhai..baru 4-5 tahun lepas sekolah,kiranya masih awal dewasa..tak faham lak saya..terfikir pulak kalau dorang ni kawan sama kelas,tak sangka boleh dihukum mandatori mati 2-3 tahun lepas tu..harap-harap budak-budak sebaya saya kat sekolah dan kat mana-mana pun tak jadik macam dorang..astaghfirullahallazim
ReplyDelete