Salam semua.. Erm.. Ada satu page ni saya like sebab tertarik dengan namanya dan pengisiannya. Satu page diberi nama Akademi Al-Quran. Dah lama saya like sejak terbitnya rancangan bernama sama di TV9. Dengan harapan, post-post di page ini sedikit sebanyak membantu memperbaiki amalan bacaan Al Quran saya.
Cuma sejak dua menjak ni, admin page tersebut lain benar sikapnya. Sejak pilihanraya ke13 yang lalu, admin nya lebih banyak menghasilkan post-post berbaur politik beserta provokasi terhadap parti-parti politik dalam negara ni. Mula-mula saya ingat, oh maybe sebab PRU kot.. Tetiba, sampai ke hari ini, admin page tersebut masih melakukan benda yang sama. Yang paling saya tak suka bila post yang bersifat perkauman. Uish saya memang anti-racist! Kawan-kawan saya terdiri daripada pelbagai bangsa. Tak kira la dia sokong parti mana pun sebab kita kan demokrasi.
Saya try la letak komen, "ni page Al-Quran ke page politik?" Esoknya saya try buka page ni, tapi tak boleh komen pape dah! Aikkk.....??? Kena block! Hanya tegur sikit je pun dah melatah admin ni. Tak profesional sungguh. Kalau tak suka orang bersuara macam tu, jangan provok supaya orang buat macam tu. Ape daaaaa.... Nak sokong mana-mana patut takde hal pun. Cuma jangan jadikan page yang sangat baik namanya ni dicemarkan dengan agenda politik disebabkan kepentingan diri. Nak lepas geram ke apa, gunalah page yang lebih sesuai. Rata-rata yang komen situ pun kurang puas hati dengan kata-kata admin yang sangat bias dan berat sebelah. Bersifat natural kan lebih bagus.. Mesti ramai lagi orang yang like. Sebarkanlah ilmu tanpa mengira bangsa atau pegangan politiknya. Sebab ilmu itu milik Allah yang wajib ditimba oleh semua orang bukan untuk golongan tertentu sahaja.
Cik Misya : Ramai tak tahu etika menulis.
ye memang ada page yang macam tu sekarang, bukan satu tapi banyak. mereka dah tersasar dari objektif mereka gare-2 PRU.. adehh
ReplyDeletesusah juga kalau terlalu menurut emosi ni..
ReplyDeleteDah terpengaruh dengan unsur politik lettew.. (^_^)
ReplyDelete