Salam semua.. Haa hujung-hujung tahun for sure ramai ambil cuti jenjalan with family rite? So baru-baru ni saya, husband & my mom in law singgah di sebuah tempat ikan bakar area Kuala Sungai Baru, Melaka. Kebetulan masa tu lepas hantar adik ipar masuk matriks Melaka. Memasing dah lapar, husband terus singgah ke sini. Masa kami sampai tu tak ramai orang. Maybe that time bukan cuti umum/ cuti sekolah. Tapi bagus juga tak serabut and makanan cepat sampai.. Jom makan!
Seperti biasa, ketam masak cili wajib ada! Hehe..
Udang garlic butter.. Fresh!
Ikan masak asam pedas. Area melaka kan so nak juga rasa asam pedas area sini.
Sayur campur yang tak berapa clear. Ngehehe..
Simple saja sebab kami bertiga je. Tapi ni pun dah sangat-sangat kenyang! Alhamdulillah not bad makanan dia. Sedap juga cuma tak semasyuk tempat yang biasa kami gi iaitu di Muara Sungai Duyung, Melaka.
So kalau nak datang tempat ni, waze je! Senang nak cari..:)
Misya : Tak pandai masak ketam.
thanks for sharing.. ada plan nak ke melaka nanti.
ReplyDeletehttp://syidamenulis.blogspot.com/
wahh, nampak berselera tu semua hidangan..
ReplyDeletejemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad