Monday, December 29, 2014

Jangan cuai! Nyalakan lampu kenderaan anda pada waktu berikut!

Salam semua.. Today i want to share some tips bila waktu sepatutnya anda nyalakan lampu kenderaan anda. Saya tak sure why orang Malaysia susah nak nyalakan lampu kenderaan di tempat yang sepatutnya dinyalakan. Jimat bateri ke? Atau tak tahu nak nyalakan lampu kereta nak tekan butang apa? Atau memang tahap pengetahuan anda bahawa lampu kenderaan hanya perlu dinyalakan pada waktu malam sahaja? Baik driver lelaki atau wanita sama saja. Dan banyak kali saya hampir-hampir nak accident gara-gara kecuaian mereka. So, mari saya share bilakah waktu yang betul dan wajib untuk anda pasang lampu kereta/van/lori/bas/motosikal anda...


1. Waktu malam - Haa ni memang sah-sahlah sume dah tahu dan faham. Malam memang gelap walaupun ada lampu jalan tapi tak cukup untuk kita nampak lubang-lubang atas jalanraya. Dan belum tentu kenderaan lain nampak kita. Biasanya motor yang selalu ada masalah nak nyalakan lampu. Tapi kereta pun ada juga yang tak pasang lampu waktu malam! Tak tahulah sama ada terlupa atau apa. Tapi ikut logik nampak ke dia drive tanpa lampu? Kadang saya pelik, tak pernah check ke lampu depan dan belakang sebelum memulakan perjalanan? Kalau tak setiap hari pun setiap minggu luangkanlah masa untuk check. Jangan bahayakan orang lain diri sendiri..

2. Waktu hujan - Yang ni memang ramai gagal buat. Saya walaupun hujan renyai-renyai at least saya pasang lampu kecil. Sebab bila hujan, pandangan terbatas kerana air hujan membasahi cermin kereta.. Especially bila kita nak masuk lorong kiri atau kanan, bila anda tak pasang lampu, serius memang tak nampak! So jangan salahkan orang lain kalau ada yang tiba-tiba masuk lorong secara tiba-tiba di hadapan anda time hujan. 


3. Waktu malap (Pagi/Petang/Mendung)- Ini bergantung kepada keadaan. At least pasang lampu kecil untuk bagi alert kehadiran anda di jalanraya.

4. Dalam terowong - Ahha ni saya pasti tak ramai tahu walaupun dalam terowong yang lampunya terang benderang, tetap kena pasang lampu. Sebab terowong hanya sehala je. Kadang orang berdesup je tekan minyak sebab terowong jarang berlaku jem. Tapi kalau anda pasang lampu at least orang yang tengah memecut kat belakang anda tu alert dan akan slow kan kenderaan.

4. Basement parking - Haaa ni pun ramai tak tahu. Alhamdulillah disebabkan saya sentiasa pasang lampu setiap kali masuk parking basement, saya terselamat daripada dilanggar mahupun melanggar orang lain. Yang buat saya geram tu dahlah tak pasang lampu, lepas tu laju je dia tekan minyak! Sebab di basement parking ada banyak tiang dan kereta yang sedang diparkir. So, kadang tak perasan kereta tu bergerak ataupun tidak especially yang datang dari simpang/hadapan.

5. Jerebu/kabus tebal - Ni commonla. Kalau jerebu, mesti  diwar-warkan supaya sentiasa pasang lampu kenderaan. Kalau kabus je kadang orang tak alert. Dua-dua tetap mengaburi pandangan mata kalau anda tak pasang lampu kenderaan anda. 

6. Cuaca buruk/Salji - Yang ni bese negara bermusim la yang alami. Terutama waktu snowing. Ala-ala hujan juga. Kalau tak pasang lampu memang saja cari nahas la kan. Huhu.. 


So, saya harap tips saya beri dapat anda gunakan sebaiknya. Banyak driver yang terlupa atau buat-buat lupa nak pasang lampu ni memang wanita. Kadang saya geleng kepala bila jumpa driver sebegini. Bukan sebab nak selamatkan diri saya tapi kalau tak langgar saya, takut ada kenderaan lain langgar dia. Jadi berhati-hati lah ya. =)


Misya : Camne feel drive belah kiri?

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...