Salam. Satu lagi hotel yang saya nak review iaitu Euro Rich Hotel di Melaka. Location dia sangat strategik sebab dekat dengan tempat-tempat menarik di Melaka seperti Menara Taming Sari, pusat membeli belah Mahkota Parade dan sebagainya. Tapi masa saya stay sini bukan untuk jenjalan. Tujuan bisnes so stay 1 malam sahaja.
Keadaan bilik sangat bersih dan kelihatan mewah. Saya tertarik dengan deco biliknya. Walaupun tak luas tapi hiasannya dah wat saya rasa mewah. Huhu. Sebab tu nama dia ada 'Rich' kot. Nanti beli rumah sendiri leh wat design gini. Hehe. 1 malam dalam RM90.
Ada TV, small table and mirror untuk bersolek.
Strictly no smoking inside or outside the hotel! Melaka sedang berkempen Dilarang Merokok dalam bandar Melaka. So pandai-pandai lah ya.. Huhu.. Kalau ditangkap akan disaman!
Toilet pun luas cuma lantainya tersangat licin. Agak bahaya. So hati-hati ok.
Toiletries yang tersedia..
So far, saya puas hati dengan hotel ni. Untuk 1-2 malam okla kot. Breakfast ada disediakan. Cuma saya kurang selesa bila masuk-masuk je lobby dia ada bau-bauan yang kurang menyenangkan (Indian smell). Hope pihak hotel dapat menyegarkan lagi udara di sekitar lobi supaya guest tak terhidu bau-bau yang tak best. Tapi saya tetap rekomen ni hotel yang murah tetapi servis sangat-sangat bagus.
Misya : Suka bau vanilla / lavender.
MENARIK..room pun murah jer..ok la kalau nk tido sekejap-sekejap..
ReplyDelete