Thursday, December 4, 2014

Gelaran Dato' Seri Anwar Ibrahim ditarikbalik?

Salam. Terbaca blog seorang rakan tentang penarikbalikan gelaran Dato' Seri daripada Ketua Pembangkang Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) membuatkan saya terus menggoogle untuk melihat kesahihan. Melalui blog Omak Kau, ternyata berita tersebut benar. Almaklumlah, DSAI kan digeruni ramai pihak termasuk kerajaan Malaysia. 


Berikut berita penuh :

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor. Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama. 



Walau bagaimanapun, difahamkan gelaran Dato' Seri tersebut tidak terjejas kerana gelaran tersebut dikurniakan oleh beberapa orang Sultan yang lain. Oh begitu... 



Misya : Idam gelaran jutawan.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...