Salam semua.. Kalau siapa masih ingat dan terbaca entry saya sebelum tentang jemputan ke program Muslimah Beauty Workshop (MBW), Alhamdulillah telah berjalan dengan lancar pada 14 Disember 2014 yang lalu. Hampir 30 orang peserta menyertai MBW ni.
Actually ni program suka-suka yang saya with my team jalankan untuk memberi pendedahan kenapa dan bagaimana seorang wanita Muslimah masih boleh menjadi cantik, sihat, kaya dan bergaya. Sebab kebanyakan wanita Muslim hanya jaga penampilan di waktu muda. Selepas kahwin, penampilan diabaikan dan sebab tu terjadi kes-kes/masalah rumah tangga. Dengan rasa tanggungjawab, kami nak beri kesedaran kepada para wanita Muslimah bahawa penampilan itu penting. Perlu bergaya tapi dengan cara yang sopan.
Bagaimana? Kena lah datang next MBW ya!=)
Sesi Forum bersama-sama 2 wanita besi. Kak Yati dan Kak Tun.. Kak Yati bekas peniaga pernah jatuh muflis sampai hilang segala-galanya. Kak Tun seorang ibu tunggal, anak 5 orang, kehilangan suami akibat kemalangan. Mereka berkongsi kisah hidup mereka yang pernah down, kemurungan yang teruk tetapi setelah bertemu dengan peluang di sini, kehidupan mereka berubah 360 darjah! Lebih berkeyakinan, mampu membantu dan menyara keluarga, dan yang paling penting dahulunya totally mengabaikan kecantikan dan penampilan, kini sangat-sangat luar biasa pecapaian mereka.
Sebak mendengar kisah 2 orang wanita gigih ini.
Sesi bagaimana memilih dan memakai pakaian dalam yang betul. So far inilah salah satu kelebihan MBW. Mana ada kursus kecantikan yang mengajar kaedah-kaedah pemakaian baju dalam iaitu spender dan bra!;)
Masing-masing beratur nak belajar secara personal dengan para facie tentang camne nak pakai baju dalam yang betul.
Slot bersama Bella.. My biz partner berkongsi tentang kecantikan dalaman. Segalanya dibongkarkan dalam MBW!
Meriah kan? Yang penting kami adakan workshop ni secara PERCUMA!!
InsyaAllah untuk tahun 2015 sudah tersedia sesi-sesi MBW yang lagi mantop! Get ready ya!
Misya : Cantik tak semestinya baik. Tapi baik semestinya cantik.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.