Wednesday, December 24, 2014

1st experience shopping di GO SHOP TV - beli tudung JelitaSARA.

Salam semua. Pernah tak anda membeli-belah di depan TV tanpa keluar rumah? Ahha bese kita dengar orang shopping online kat facebook je kan? Terbaru channel TV yang berkonsepkan home shopping telah dilancarkan! Siapa yang melanggan astro boleh ke channel 118. Saluran Go Shop ni special untuk mereka-mereka yang suka shopping tapi malas nak keluar rumah. 

1st time saya terjenguk channel ni sebab tertarik dengan satu produk yang ditawarkan iaitu koleksi hijab daripada JelitaSara. Buka-buka je Go Shop ni terus wow, cantiknya tudung-tudung yang dijual. Yang paling best  ada offer beli 3 helai percuma sehelai dengan harga tak sampai RM200 pun! Free postage plak tu! Apa lagi, cepat-cepat dial no. fon tertera and buat pembelian. Sangat mudah!

Inilah channel Go Shop. Masa ni ada penyanyi Farah AF yang menjadi tukang jurucakap produk. Memang saya suka lah konsep home shopping yang dipaparkan oleh Go Shop ni. Sangat fresh!

Tertarik dengan offer RM199 untuk 3 helai free 1 tudung yang sangat cantik, maka saya pun terus beli. hehe.. Saja nak try ok ke tak shopping kat Go Shop ni.


Dalam masa 5 hari parcel saya pun sampai.. Excited sangat-sangat sebab ni 1st time shopping melalui TV channel. 

Nice box! Pink color giteww...

Yeayyy semua tudung dah sampai. Happy nya saya!  Boleh lah melaram dengan tudung JelitaSARA lepas ni...

Sempat try-try dulu.. Sama tak macam kat TV?  Ngeee..


Overall saya berpuas hati dengan servis Go Shop ni. Now Go Shop tengah giat mempromosikan channel dorang. Daripada survey yang dilakukan semua suka dengan adanya channel Go Shop ni. Actually di luar negara, tv home shopping ni dah lama ada sampai ada produk yang dapat sales mencecah ribuan ke jutaan untung. Malaysia baru saja nak bermula. Bukan saja tudung, macam-macam barang dijual di Go Shop ni. Ada barang elektrik, kosmetik, perkakas rumah dan sebagainya. Akan datang kedai semua tutup. hehe... Tagline Go Shop : Ada TV, boleh beli!



Misya : Ada duit semua boleh beli.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...