Salam... Tips superb dari pengalaman seorang mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan eletrik dapur dan lain-lain perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah.... Tapi jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang!
Ingatlah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air.... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus eletrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So, berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan-peralatan itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.
Apa harus anda buat.....?
1. JANGAN SESEKALI CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK!
2. Kumpul semua peralatan eletrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS, JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YANG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan eletrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga. [WOW AMAZING!]
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN ELETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Hope tips ni dapat membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru....
nice sharing. rumah papaglamz masuk paras pinggang.. harapnye ade la yg boleh si di selamatkan.. huhuhu..
ReplyDelete