Sunday, August 14, 2011

Kurus sangat, ada tips tak naikkan berat badan??

Alhamdulillah dah nak masuk minggu ketiga kita berpuasa. Camne puasa anda semua? Pada mereka yang berazam untuk menurunkan berat badan tu tercapai tak? ;) BUT.... Aku sangat sedih sebab aku gagal mengekalkan sesuatu di bulan Ramadhan ni..:(

Apa dia? Maybe kedengaran agak kelakar tapi itulah hakikatnya yang terpaksa aku tanggung. Cewah! Ayat lawa konon. huhu. Apa yang membuat aku risau dan sedih adalah disebabkan berat badan aku turun secara mendadak! Huaarghhh! Rasa nak nangis je. huhu..

Sebelum Ramadhan, Alhamdulillah aku dapat mencapai berat badan yang ideal iaitu 46 kg. Memang aku sangat-sangat happy!:p Dan berazam untuk cukupkan sehingga 50 kg. Boleh? hehe..

Tapi lepas masuk bulan puasa, Minggu first sahaja, aku timbang berat aku dah menurun sehingga 42 kg! Itu aku timbang kebetulan lepas buka puasa. Maknanya sebelum buka puasa, lagi ringan badan aku kan?? Oh tidak!! Sangat horror beb! Tak mahu timbang-timbang lagi.. huhu


Mungkin kedengaran agak pelik tapi itulah dilema yang aku hadapi setiap kali menjelang Ramadhan. Bila sambut aidilfitri, rasa longgar je semua baju raya. Walhal before puasa bila test, muat-muat je baju raya tu. :(

So, korang ada tips tak camne nak naikkan berat badan untuk orang yang kurus macam aku ni? Actually dari segi physically ramai orang kata aku dah ok dah. Cuma bila timbang, jadi ringan sangat, membuatkan aku takut. Kira kalau dalam BMI tu dah kategori underweight tau. huhu. Kurus-kurus sangat pun tak best. Nanti senang dapat penyakit sebab imuniti yang lemah. Tapi taknaklah gemuk sangat. Incik abang aku pun dah pesan, jangan sesekali badan aku kembang macam orang dah beranak 8. huhu. Memang kedengaran agak kejam tapi itulah yang dia selalu pesan. Sebab dia nak wife dia nanti pandai jaga badan dan sentiasa sihat. Kira kalau dah kahwin, dah beranak-pinak pun masih maintain dan berdisplin dalam soal berat badan.:)


Cik Misya : Kalau aku ni ditiup angin, mahu terbang agaknya! hahaha...;p (Melampau sangat ayat ni. huhu..)

5 comments:

  1. I pon nak naikkan berat badan :(

    ReplyDelete
  2. senang je,,,

    cuba makan gaji buta.

    ReplyDelete
  3. @new hope: u pnah try ke? wakaka..:p tak bek tau, berdosa ckp cmtu. bulan pose lak tu.. klu mkn gaji buta leh gmok, mknanya org2 yg gmuk kat Malaysia ni sume mkn gaji buta la ek? huhu.. wallahualam..

    ReplyDelete
  4. sama la permintaan en.tunang pun cmtu..lg2 dia tntera..so, wife pun kna la segak sama..
    erm, berat badan tu sama la cik misya..sebelum puasa ggih tmbah berat.bila puasa boleh merudum ke 40 je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...