Salam semua.. MasyaAllah rasa macam dah lama tak online blog. Maaf sesangat sebab tak update pape beberapa hari ni. Antara sebabnya.. Sibuk! Plus saya jatuh sakit...=( Dah lama tak demam, haa sekali demam, amekaw terus takleh bangun! Huhu.. For me, sakit itu ujian.. Dugaan.. Cabaran.. Untuk mendapat sesuatu yang besar ganjarannya. Selain menghapuskan dosa-dosa kecil.. Melalui sakit-sakit itu, kita akan sentiasa bermuhasabah diri untuk sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik di mataNya..
2 hari terlantar di atas katil kecuali hendak membersihkan diri atau dikejutkan oleh bonda kesayangan untuk makan dan 'menikmati' ubat doktor yang pahit dan payau tuh. Uhh dugaan... Itu satu hal.. Dan yang paling mendukacitakan, saya terpaksa menarik diri dari beraksi atas pentas Malam ESM yang berlangsung malam tadi di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara..!! -_-
Sehari sebelum, saya berusaha juga menelan ubat sebaik mungkin untuk menghalang sakit demam saya menjadi makin teruk. Tapi apakan daya, kuasa Tuhan menghalang saya meneruskan saya beraksi di Malam ESM yang penuh gilang-gemilang. Alhamdulillah pihak ESM memahami kesulitan yang dialami oleh saya dan sehingga kini rakan-rakan finalis ESM yang lain tak putus-putus mengirimkan message melalui SMS, whatsapp dan facebook mendoakan agar saya cepat sembuh dari demam yang maha hebat ini. Thanks so much to them!:') Mana taknya, datang dengan pakej batuk, sakit tekak, selesema! Uish mahu terbaring jela atas katil!
Takpela, tiada rezeki untuk bersama-sama di Malam ESM. Mana tahu ada sesuatu yang lebih menarik dan berhikmah menanti rite? Jangan putus asa! Itulah yang saya pegang. Dan Alhamdulillah dalam pada sakit-sakit tu, saya dapat satu tawaran best dari sebuah butik untuk memperagakan koleksi busananya untuk satu slot di TV!! Ahhaa... Itu masih rahsia sehingga ia dipublishkan!;) Alhamdulillah... Dia tak bagi join yang ni tapi bagi join yang lain yang sama-sama hebat.. Syukur.. Itulah kuasa Maha Esa..=)
Pape pun tahniah wat rakan-rakan finalis yang berjaya mengharungi Malam ESM yang penuh debaran dan cabaran. Saya cuba juga untuk hadir tapi pagi rehersal tersebut, tapi apakan daya tiada kudrat mahu berdiri apetah lagi bercatwalk! Huhu..
COngrats to them!! Hebat-hebat dorang ni..=)
Sangat berprestij kan pentas ni? Sape yang tak beli tiket tu, rugilah uols... Dapat seat VIP, goodie bag yang menarik isinya.. Dapat jumpa Timbalan Menteri, Siti Murni, Hisham Salleh dan ramai lagi VIP yang hadir! Tahniah wat ESM!!=)
Cik Misya : Melepaskan sesuatu bukan bermakna tak sayang tapi ingin memberikan yang terbaik demi sesuatu itu.
sayangnyer aimi x msuk..smoga cept sembuh..
ReplyDelete