Aku rasa aku dah terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 tapi takpelah, aku nak ucap jugak! hehe.. Maklumlah, pada tahun baru hari tu aku tiada di depan lappy aku ni. Jadi tak dapatlah nak update pape dalam blog. Masa tu aku berada di Jaybee.. Pulang ke negeri kelahiran Bonda ku.. Tapi tak lama pun di sana. Jumaat bertolak ke sana, Sabtu dah pulang semula ke rumah. Happy New Year 2011 kawan-kawan!:)
Sebab apa aku tiba-tiba balik Johor plak ni?? Kejap je pulak tu.. huhu.. Takde pape lah.. Just memenuhi jemputan perkahwinan anak kepada teman ibuku sewaktu beliau sama-sama menyewa rumah masa zaman muda-muda dulu. Nama aunty tu, Maimunah. Masa Raya Haji kelmarin, sempat juga aku sefamily berkunjung ke rumahnya. Tu yang dia jemput directly ke majlis perkahwinan anak perempuan tunggal dia bernama Kak Anis.
So tanggal 1 Januari 2011, Kak Anis melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya bernama Ahmad Aidil.. (Ahmad jugak namanya.. Ish3x...) Bertemakan warna pink, di dalam Dewan Raya Taman Universiti Skudai Johor, meriah juga majlisnya. Maklumlah, anak tunggal.. Memang aunty Mai buat besar-besaran jugalah. Happy betul dia tengok kitorang datang. Dari jauh plak tu, for sure dia tak sangka kitorang akan datang. Ibuku nak pergi majlis ni sebab Kak Anis tu satu-satunya anak tunggal aunty Mai. Kira lepas ni, takdelah lagi majlis kahwin daripada Aunty Mai.
So, aku share lah sikit aktiviti-aktiviti sepanjang aku di Johor.. Diselitkan juga foto kenangan Majlis Perkahwinan Kak Anis dengan Aidil.. Congrats buat mereka berdua..:) Oh ye, tak lupa...! Happy Birthday to my beloved sister, Angah.. Tanggal 1 Januari setiap tahun meningkatlah setahun lagi umurnya. So, 2011 ni angah dah berumur 21 tahun. Along harap angah belajar rajin-rajin dan capai cita-cita bergelar graduan UPNM dalam 2 tahun setengah lagi. Jangan main-main masa study. Palapes-Palapes juga, study jangan lupa. Dan yang paling penting jangan tinggal solat dan doakan kesejahteraan ayahbonda sentiasa. Along sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik along. Semoga korang berjaya dalam kehidupan dan bertambah matang dalam setiap tindakan. InsyaAllah...
Thus, Happy New Year and Happy Holiday!! hehehe.. Aku memang dalam mood bercuti sekarang sebab kontrak aku masih belum disambung. Tunggu jelah dapat surat nanti. So, aku nak rehat sepuas-puasnya!!:)
Suasana di sekitar tempat penginapan kami sekeluarga di Johor.. Mendamaikan...
Teruja tengok ikan besar-besar dalam kolam!
Di majlis anak Aunty Mai.....
Tersenyum girang Kak Anis sewaktu berjalan menuju ke pelamin.. She's happy go lucky person i think..;)
Pelamin indah di atas pentas dewan.. Siap ada flower girl lagi..
Persandingan Anis dan Aidil.. Tapi sayang, warna busana pengantin agak tenggelam.. Kalau pink yang lebih cerah dan pekat, baru ok rasanya..
Selamat Pengantin Baru buat Anis dan Aidil.. Semoga berbahagia hingga akhir hayat..:)
(Gambar tak berapa clear sebab bateri dah weak time ni)
Teringat masa aku aktif tarian dulu.. Lagu Tarian Dia Datang memang selalu aku narikan..:)
Cik Mesya: Kahwin nanti aku taknak pakai kaler pink sebab tak naik mood raja sehari. I like red! hehe..
Red and black! canteq~
ReplyDeleteerr tak mcm gothic ke? hehe.. utk u sesuaila kot che kay.. i tggu majlis u ye..;)
ReplyDelete