Malaysia menang!! huhu.. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF di Jakarta malam tadi. Doa rakyat Malaysia dimakbulkan.. Sangatlah gembira. Berita lanjut di sini dan sini. Walaupun pintu gol Malaysia diasak bertubi-tubi oleh pasukan Indonesia, tabik spring buat hero Malaysia selaku goal keeper, Khairul Fahmi yang berjaya menghalang bola menerobos masuk ke dalam gawang Malaysia. Dia memang seorang goal keeper yang mengagumkan!! Dan yang paling best dia berjaya menangkap bola ketika Kapten Indonesia, Firman melakukan sepakan penalti. Owh Fahmi, you're really great last night! hehehehe...
Walaupun Indonesia berjaya mendapat 2 gol, tapi kemenangan tetap milik Malaysia apabila membawa bekalan 3 gol dalam perlawanan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur cukup untuk menempah kemenangan di Stadium Bung Karno, Indonesia. Walaupun Malaysia ditekan dengan teruk dan diugut bermacam-macam oleh media dan penyokong fanatik Indonesia, Malaysia masih mampu mempertahankan pintu gol sebaik-baiknya. Ada satu part yang paling aku geram tu bila wajah Fahmi diacukan sinar laser tepat kat pipi dia. Bukan 1 je tapi ada dalam 3 camtu. Tapi team Malaysia profesional. Tak cepat melatah. Yang penting fokus pada permainan. Setakat laser, nak bising-bising, tapi permainan tak sebagus mana, nak watpe kan..? Yang penting semangat dan strategi setiap ahli pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik. Walaupun pada perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia dan dikritik hebat oleh media Indonesia, tapi alhamdullah, harimau Malaya tak mudah tunduk dan terus berjuang mendapatkan kemenangan. Walaupun masa tu media dan most of rakyat Indonesia mengutuk-ngutuk Malaysia dan memperlekehkan skuad harimau Malaya. Syabas juga buat jurulatih Malaysia, K. Rajagopal. Walaupun ada media kurang matang seperti ini memperlekehkan anda sebagai coach Malaysia. Teruskan perjuangan mendidik anak buah anda untuk kejayaan-kejayaan seterusnya. Tahniah!:)
Whateverlah.. Janji Malaysia menang!!! Hooray! Hooray! huhu.. Rumah aku malam tadi meriah dengan sorakan aku sekeluarga sewaktu menonton perlawanan tersebut. Menjerit-jerit sampai sakit tekak. Berlawan-lawan dengan jiran sebelah. huhu. Tapi aku salute (betul ke eja) la pasukan Malaysia. Corak permainan dorang dah macam Brazil pun ada. hehe. (perasan je aku ni). Malaysia bermain dengan gentle walaupun kurang menyerang pihak lawan. Tapi takdelah kasar macam pemain Indonesia yang berapa kali kena kad kuning. Mungkin kerana tertekan, itu sahaja cara yang mereka ada untuk menundukkan pemain Malaysia. Juga tahniah buat Safee Sali selaku penjaring terbanyak pada kejohanan kali ni. You are the best! hehe.. Congratz! Tapi nape takde Anugerah Penjaga Gol Terbaik ek? For sure milik Fahmi punya. Kan3x??
So, pada penyokong-penyokong lawan tu, janganlah bersedih sangat. Biasalah adat pertandingan. Ada kalah ada menang. Be profesional. Malaysia boleh tersenyum dalam kekalahan masa pertandingan-pertandingan lain, kenapa anda nak berterusan emosional dan membangkitkan kemarahan kepada kami? Kami dah banyak membantu anda walaupun anda balas dengan cara tak sepatutnya. (Malas nak sebut lagi. Boleh tengok entri ini) Pasukan anda mengambil hadiah malam tadi pun, langsung tak menunjukkan semangat kesukanan tapi ketidakprofesionalan anda kepada penonton. Anda sebagai team Indonesia kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat anda supaya menerima takdir dan tidak beremosi tak kira kalah atau menang. Bersikap profesional dan berfikiran rasional. Jangan sebab bola sebiji, anda membakar api amarah yang tak sepatutnya kepada Malaysia. Kita serumpun.. Ingat tu.. Bacalah nasihat ini sebagai panduan.
Atas kemenangan Malaysia malam tadi, P.M kesayangan R.M telah memberikan cuti umum buat rakyat Malaysia pada hari Jumaat ni. huhu.. Terima kasih banyak-banyak ya Dato' Najib.:) So, hari ni hari terakhir kontrak aku di KKM ni. Aku akan bercuti sementara menunggu samada kontrak disambung atau tak dan juga menanti keputusan interview aku pada 7hb nanti. Ada rezeki adalah. Kalau takde, aku dah bersedia untuk cari nafkah rezeki kat tempat lain.
Sekali lagi sekalung tahniah buat skuad Harimau Malaya!! Teruskan perjuangan anda untuk kejohanan-kejohanan selanjutnya. Love you Fahmi! oops! hehehe.. Papai....;)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.