Sunday, December 26, 2010

Congratz fOr my belOved CousiN.. Kak Shaire..:)

Alang-alang aku dah kat depan PC ni, lehlah aku update skit peristiwa semalam. Cewah! Oklah, semalam 25 Disember 2010 sepupu kesayanganku telah bertunang dengan jejaka pilihannya... Sejak dari bangku sekolah dorang bercinta (kalau tak silap), dan telah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya mereka ditunangkan.. Aku happy sangat-sangat sebab akhirnya salah seorang sepupu ku membuka tirai menuju ke alam perkahwinan. Walau pun bertunang tapi majlisnya tetap grand. Siap ada pelamin yang sangat cantik dan indah. Bertemakan ala taman dihiasi dengan bunga ros kegemaranku. Aku suka sangat decoration hantaran yang disediakan oleh Mak Uda ku sendiri. Berkonsepkan sangkar burung merpati, sangat sweet dan elegan. Memang kreatif betul sentuhan Mak Uda aku ni. Lebih-lebih lagi untuk majlis anak sulong yang tersayang. 

So, aku share lah beberapa foto kenangan dari Majlis Pertunangan tersebut. Tahniah buat Kak Shaireen dan Abang Imran yang dah ditunangkan. Dijangka hujung tahun depan dorang akan diijabkabulkan. InsyaAllah..:)

Pelamin mini berkonsepkan dalam taman yang sangat indah.

Hantaran dari pihak perempuan

Sebahagian hantaran dari pihak lelaki

     Saat cincin disarung ke jari manis oleh bakal ibu mentua..
                    
Tenang... Suasana ketika bacaan doa Selamat..   

My sweetest cousin during her engagement day.. Kak Shaireen..

 Congratz! Abg Im & Kak Shaire..

KAMI!! Sepupu-sepapat yang happening! haha..

P/S: Kak Shaire, please jangan cop tarikh 11.11.11 tau! Reserve for me and my Mr. J. InsyaAllah..:)

2 comments:

  1. will do dear...will reserve the date for u n ur beloved..thanks for the post n wish..luv ya much2..
    -kak shei-

    ReplyDelete
  2. hehe.. just joking kak shaire.. kalau ade jodoh, insyaAllah kami akan pilih tarikh tu. tp maybe just utk engegement dlu kot. kawin? next year kot.. huhu.. (nak kumpul wet dlu):p

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...