As-Salam...
Tengahari ni aku nak gi daftar mengundi. Asyik tangguh-tangguh, hari ni terbaca artikel dalam paper Kosmo! bahawa pilihanraya mungkin diadakan pada bila-bila masa. Kali ni aku rasa excited nak mengundi. Sebabnya? Jeng-jeng-jeng...;) So, marilah kita berdaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya akan datang ni. Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar untuk mengundi boleh baca dalam link ini. Walaupun aku tahu ramai lagi anak muda kat luar sana buat tak endah je bab pilihanraya ni. Kononnya taknak terlibat dengan politik. Pirrraahhh! Kalau taknak, baik jangan duk negara Malaysia ni. Buat negara sendiri yang tak perlukan pemilihan pemimpin. Kau jadilah raja atau PM sorang-sorang.
Tapi seriously lah kebanyakan kawan-kawan aku semua tak sedar akan kepentingan mengundi tu. Masing-masing fikir, nak watpe mengundi-undi ni. Buang masa lah, takde kaitan lah, ramai lagi leh gi mengundi lah, mengundi tu hanya untuk orang tua-tua jela dan macam-macam lagi lah pernah aku dengar. Bagi aku orang-orang macam ni tak pernah ambil tahu tentang hal ehwal negara mahupun dunia. Masing-masing nak kejar kejayaan dalam pelajaran, dan kerjaya. Tapi bab-bab kepentingan negara langsung tak peduli. How come you all nak berjaya? Bila orang tanya bab-bab negara semua macam blur... Tak pun kata malas nak ambil tahu. Rasa nak penampar pun ada orang macam tu. haha.. Tetiba emo pulak ye. Tapi bukan semua lah macam tu. Yang mana sedar diri tu Alhamdulillah lah.. Bukanlah kena tahu 100% tentang hal ehwal negara. Sekurang-kurangnya bila orang tanya janganlah jadi macam orang asing yang tak pernah duk kat Malaysia. Wat malu je tau!
Bagi aku walaupun setakat 1 undi tetap bernilai bagi menentukan pucuk pimpinan negara. Tak kiralah sokong mana sekalipun. Yang penting kita kena sedar hak kita sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi walaupun takdelah demokrasi sangat pun. OoppS! Tu sebab kita sebagai orang muda kena peka, lihat, dengar dan hayati makna pilihanraya tu. Kalau taknak hayati pun takpelah tapi sekurang-kurangnya kita tunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang rakyat dalam negara yang tecinta ni. Dalam Islam sendiri pun ada disebut, kita kena pilih pemimpin yang betul-betul boleh memimpin dengan baik. Kalau sok lusa dalam kubur disoal tentang pemimpin yang teruk/berakhlak tak senonoh telah dipilih sedangkan kita tak tunaikan tanggungjawab kita untuk pilih pemimpin yang lebih baik, pandai-pandailah jawab. Tu pun kalau leh jawab. (Sorry ayat berbelit sikit) Harap-harap korang lebih memahami lah tanggungjawab korang.
Mungkin disebabkan aku sering terlibat dengan aktiviti kebudayaan, so semangat kenegaraan semulajadi terbit dalam diri. Selalunya dalam majlis-majlis seperti kemerdekaan ke, or pape, bila pasang je lagu-lagu patriotik, aku suka nak dengar. Rasa bersemangat je. Tapi kalau sesetengah orang, digelak-gelakkannya lagu-lagu macam tu. Kononnya tak up-to-date la, skema lah.. Hmm.. Aku pernah sambut kemerdekaan Malaysia di Cambodia. Masa tu kat hotel dapat siaran RTM. Dapatlah tengok siaran live sambutan Merdeka malam tu. Malam tu rasa sebak sangat-sangat bila lagu Negaraku berkumandang ketika Jalur Gemilang dinaikkan. Walau hebat macammana pun negara orang tapi automatically, aku akan rasa rindu pada negara sendiri. Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri" Cuma mentaliti rakyat negara Malaysia ni perlu berubah. Negara-negara lain dah banyak buat perubahan dari segi kepimpinan, ekonomi, politik dan sosial. Malaysia ni entahlah.. Makin jauh daripada Islam. Masing-masing berebut mengejar kekayaan duniawi dan kepentingan diri. Tu belum baca lagi perancangan proses transformasi yang dicanang-canangkan tu. Rakyat digula-gulakan, kroni diutamakan. ooPsS! haha.. That's why pelabur-pelabur asing takut nak melabur di Malaysia. Sebabnya, kekayaan negara tu TIDAK dibahagi sama rata kepada rakyat. Yang kaya-raya semua orang atas-atas. Memenuhkan poket masing-masing serta menambah-nambahkan buncit perut orang kaya-kaya sedia ada dan juga mengembang-ngembangkan lagi rambut isteri kesayangan PM tu. hehehe.. Jangan marah...;) So, fikir-fikirkanlah. Kita sebagai generasi kini perlu berubah untuk kemajuan agama dan bangsa pada masa hadapan. Wallahuallam.. JOM MENGUNDI!!:) (Kalau Jom Heboh, korang semua laju je nak gi kan??) hahaha..:p
Sabahal khair
ReplyDeletejom tumbangkan BN pembela bewak
HIKMAH MINYAK NAIK
salam
ReplyDeleteBN barang naik
klik sini: anti ameno
Salam Reformasi,
ReplyDeletedah daftar ke?
PENGANGURAN DAN PEKERJA ASING
Alhamdulillah dah..:) rsa semangat n tak sbr dah nak g mengundi!
ReplyDelete