Thursday, December 2, 2010

sEmpaT lagi TuH!

Sekali lagi aku diberi kepercayaan untuk menjadi sekretariat dalam acara anjuran Bahagian aku. Tapi kan, skop kerja nya lebih kurang sama je. Cuma kali ni lebih mudahlah. Just kena design sijil untuk peserta dan juga penceramah Seminar Kantin Bersih. Simple je kot tugasnya. Tapi tu lah, aku rasa orang-orang office ni semua dah aim aku ni seorang yang suka kerja mendesign-design ni. Ala-ala tangan seni lah kononnya.:p 

But seriously, sejak awal aku kerja kat sini, orang suka sangat bagi tugas design-design ni ke aku. Daripada Modul, name-tag, cover buku sampailah sijil! haha.. Maybe sebab aku jenis tak kisah dan aku minat nak buat. Lagipun, mostly hasil kreatif aku tu dorang puas hati. Macam baru-baru ni, aku design nametag untuk event di PJH dan Pahang. Aku bukanlah nak berlagak ke apa. Just want to share what i feel here. Takde apa sangatlah setakat buat nametag tu...:p Pordah!! hahaha.. Okla tu kan.. Kutuk diri sendiri.. Puji diri sendiri.. Jangan kutuk-kutuk orang dahlah.:)

Setakat ni banyak jugalah event aku terlibat sejak aku kerja. banyak benda jugalah aku belajar selama hampir setahun setengah kat sini. Suka duka ketawa nangis semua ada. Bergaduh dengan bos sendiri pun ada! Kecoh satu Bahagian ni beb... Famous sekejap aku. haha.. (Perasan!:p) Tapi aku merupakan salah seorang pencetus evolusi dalam bahagian ni jugalah. Selama ni orang-orang yang dikatakan baik, pecah tembelang akhirnya. Dan kamilah pencetus bangkangan terhadap perkataan "Boss always right". Takde manusia yang sempurna biar pun dia tu pemimpin tertinggi sekalipun. Semuanya sama di sisi Allah s.w.t. Tiada apa yang beza. Harta ke pangkat ke.. Yang penting keimanan dan tingkahlaku serta akhlak yang dipamerkan. Kalau setakat kat depan melambung-lambung, belakang macam hampeh nak watpe kan? huhu..

Em saja je nak menulis sikit petang ni. Suka pula tengok blog orang-orang lain. Macam-macam info leh dapat. Blog-blog yang aku follow dalam kolum isu semasa tu antara blog favourite aku jugalah. Kisah-kisah politikus semasa yang perlu dibaca oleh anak muda macam aku. Yela, kalau nak harapkan TV, radio, takpun surat khabar, semuanya tak leh pakai. Haprak! Tak pun Hamlau! Semuanya dikawal oleh golongan berkuasa dalam Malaysia ni. Jadi, kita sebagai orang muda ni kena tengok perkembangan dunia semasa melalui saluran-saluran lain yang tak dikekang oleh pihak-pihak tertentu. Kena buka otak. Jangan kerajaan kata A, kita pun A.. Sampailah Z.. Jadilah rakyat yang diperbodohkan. Kadang-kadang kena tengok apa yang betul dan tak betulnya. Tapi aku memang gemar lah baca blog-blog politik ni. Selain boleh tahu isu semasa, leh juga mengasah lagi bakat penulisan blog aku ni. InsyaAllah aku akan jadi lebih pandai mengolah ayat dalam blog nanti. Cewah! Angkat bakul sendiri nampak. :p

Pape jela, aku nak sambung kerja. Minggu ni memang busy. Macam-macam kerja kena settle. Tapi sempat juga aku menconteng blog ni. haha.. Ok, selamat bekerja. Assalamualaikum..

1 comment:

  1. sabahal khair

    mmg benar media juga bertujuan untuk brainwash. tolong tgglkan komen.

    AWAS DEB KEMBALI

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...