Salam semua.. Em sekarang ni aku tak tahu nape tiba-tiba aku nak cerita tentang game yang aku selalu main dalam facebook. Actually ada 3 jenis game aku main. Walaupun sebenarnya main game ni membazir masa tapi sekurang-kurangnya leh menguji kesabaran juga. Kalau orang yang tak suka main game mesti mengutuk-ngutuk aku lepas ni. haha.. See.. Tapi aku tak kisah. Janji Rock! hehe.. Tapi dengan main game kadang-kadang leh release tension tau.:)
Ada 3 game facebook yang aku main dari dulu sampai sekarang. Kalau ikutkan masa belajar dulu lagi banyak game aku main. Bela-bela binatang lah. Contoh (Pet Society, Petville) Ada jugak main game farm-farm tu macam Farmville ngan TikiFarm. Cuma sekarang aku dah tak aktif main game tu sebab memakan memori lappy aku terlalu banyak dan menjadikannya slow a.k.a lembab. Pastu lama-lama hang dan aku pun fedup nak main lagi. So, aku just main game yang sentiasa up-to-date dan tak membebankan kepala otak lappy aku ni. huhu.. Mesti ada yang kata, entah pape la aku ni nak tulis benda merepek camni. Tapi ni blog aku. Kalau rasa suka, leh baca, kalau tak suka, faham jela ye..;)
1st: Mafia Wars- Kalau dengar mesti pelik sebab aku seorang perempuan tapi suka sangat main game yang dikatakan agak ganas ni. Tapi takdelah ganas mana pun. Game ni berkisarkan kehidupan mafia-mafia dan dunia jenayah dorang. Dalam game ni aku banyak mengembara ke tempat-tempat seluruh dunia macam London, Paris, Moscow, Cuba, Las Vegas, Italy, Bangkok and etc. Tapi mostly game ni bermula daripada New York. Kena expert wat pelbagai job dan kumpul pelbagai inventory untuk tambah pengaruh dan kekuatan. Kalau rajin main, barulah dapat travel ke tempat lain dan dapat mengumpul duit serta harta yang banyak. (Dalam game jela, kat luar, takdenye..) huhu... So, aku beridentitikan mafia yang bernama "airiel". Disebabkan kegilaan aku terhadap game ni, level aku sekarang dah ke 484! Dan dapat mengumpulkan ahli mafia aku seramai 351 orang! hehe.. Sambil update blog ni pun aku sempat lagi main ni. Jap lagi naik satu lagi level. Giteww... Tapi syoklah game ni. huhu..
Ni lah profile Mafia Wars aku... Tengoklah level berapa.. Ganas tak aku?? huhu..
Sebahagian inventory yang telah aku kumpulkan.. Termasuk weapons, vehicles, animals dan sebagainya.. Actually profile ni panjang ke bawah tapi aku edit and compile kan dalam small pics. Banyakkan?? huhu..
2nd: Sorority Life- Haa.. game ni baru sesuai untuk orang perempuan macam aku ni. Mengisahkan tentang seorang gadis remaja beridentitikan Airiesya (sedap nama aku bagi?) hehe. Game ni juga aku travel banyak tempat seperti Tokyo dan Milan. Kalau dah game orang perempuan, so lebih banyak tentang fashion, beauty, glamourous, catwalk, show-off dan sebagainya. So, level aku sekarang dah ke 145 dan mempunyai housemate seramai 243 orang. Game ni agak sukar nak naik level sebab tak banyak sangat job yang boleh dilakukan mengikut energy yang dibekalkan. Kira lambat nak naik experience. Kena tunggu sampai energy penuh baru leh wat job dengan cepat. Tapi yang menarik, leh tukar-tukar fashion baju, aksesori dan haiwan peliharaan. Dan siap ada boyfriend lagi tau. Tapi kena makesure sentiasa update ngan boyfriend setiap hari. Kalau tak nanti ada housemate yang akan rampas pakwe kita tu. Pastu kita ditinggalkan dan kena cari pakwe baru. Huhu dalam game pun leh rampas-rampas ya. Kat luar lagilah kan. :p Tapi dah semestinya tema fashion aku warna pink. Dari pakaian, kasut, aksesori hinggalah haiwan peliharaan aku. hehehe... Tengoklah profile Sorority Life aku kat atas tu. Pinky style by Airiesya...:) Dan pakwe aku sekarang adalah Mr. Mickey the Muscle. Handsome tak? haha..:p
3rd: Tiki Resort- Game ni macam budak-budak sikit. huhu.. Sebab apa, animation untuk game ni memang ala-ala kartun dalam tv. Tapi dalam bentuk gambar bergerak. Kadang-kadang berat juga lappy aku tapi masih dalam keadaan terkawal. Mengisahkan kehidupan aku di sebuah pulau persendirian. Setakat ni aku dah memiliki 4 buah pulau tetapi hanya satu sahaja yang aku komersil kan untuk pelancongan dan nak dapatkan duit. Tak larat nak control semua pulau. Dalam pulau ni, kita leh decorate and design susunan bangunan dan aksesori dalam pulau tu. SO, kalau makin cantik pulau tu dan makin banyak attractions, dapatlah tarik ramai pelancong untuk stay kat pulau tu. Dari situ kita dapat duit untuk beli attractions yang lain. And tiap hari kalau kita buka game ni, akan ada hadiah misteri menanti dalam gift box. Disebabkan aku main game ni agak lewat, so level aku taklah tinggi sangat. Tiki neighbours pun dalam 15 orang camtu. Tapi kira ranking aku top5 lah juga. Aku suka game ni sebab rasa seronok tiap kali kutip hasil daripada bangunan macam hotel, spa, restaurant dan lain-lain attractions. Macam rasa puas bila klik-klik keluar duit. Kalau duit betul-betul mesti masyuk! haha..
Inilah keadaan pulau aku.. hehe.. Siap ada volcano lagi.;)
Selain daripada ketiga-tiga game ni ada juga aku main game lain tapi tersangat jaranglah aku on. Sebab memakan memori lappy aku dan agak slow untuk loading. Antaranya game Treasure Isle (ekspedisi mencari harta karun dari pelbagai pulau dan turut memiliki pulau sendiri), Social City (membangunkan bandaraya sendiri-game ni aku main sebab terpaksa. wakaka.. sebabnya en. J aku minat main game ni and suruh aku jadi member), Pet Society (Membela seekor kucing bernama Airiel Syinsya-memang dah berbulan aku tinggalkan. Mesti dah busuk gila dan berulat pet aku tu. hehehe) dan PetVille (juga bela seekor kucing bernama Syisyi- tribute to my beloved hamster aku yang dah mati.) Miss you syisyi..:( Setakat ni aku just aktif main 3 game kat atas tu. Lepas-lepas ni sebarang invitiation untuk join apa-apa game lain memang aku tak terima dah sebab tak minat and tak mahu menambah-nambah berat lappy aku. huhu. Kalau korang yang tak pernah main game dalam facebook tu, rasa-rasa nak try, lehlah cuba main. huhu.
Okeys only this for today. Actually memang dah lama nak wat entry about game-game ni. Tapi tak berkesempatan. Saja nak share minat ngan korang sewaktu masa lapang. Tapi aku main game dah tak macam dulu time belajar kat UKM. Dok mengadap berjam-jam, memang tak larat dah. Setakat on, dan tengoklah pape yang patut. Selebihnya, update benda lain. Kalau tak mahu tak berganjak depan lappy ni. Lappy ni pun dah bosan nengok muka aku agaknya. haha.. Pape pun enjoy-enjoylah k. Tapi jangan leka dan lalai bila main game tu. Solat jangan tinggal ye.. Take care and goodnight everyone..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.