Thursday, December 23, 2010

KaiTaN antAra HurUf di AwaL naMa & peribadi (perCinTAan)

         VS
 

Sharing is caring....:p

A:
Anda tidak romantis tetapi lebih tertarik kepada tindakan. Bersama anda, apa yang dilihat adalah yang anda perlu ada. Anda tiada kesabaran untuk bermain mata dan malas melayani seseorang yang malu-malu kucing, manis, pura-pura sopan dan amat memikat hati. Anda adalah seseorang yang berada di barisan hadapan. Daya tarikan fizikal pasangan penting untuk anda.

B:
Anda menyukai suasana yang romantis, suasana seperti jamuan makan malam yang dipenuhi dengan buah anggur. Anda senang menerima hadiah sebagai tanda cinta dari pasangan. Anda ingin dimanja dan tahu bagaimana memanjakan pasangan. Anda dapat mengawal hasrat dan menahan diri apabila perlu berbuat demikian. Anda memerlukan sensasi dan pengalaman baru. Anda suka bereksperimen.


C:
Anda mempunyai peribadi yang sangat sosial dan disebabkan itu, penting untuk anda mempunyai hubungan peribadi. Anda memerlukan pendekatan dan kesaksamaan. Anda ingin berbicara dengan pasangan sebelum, semasa dan selepas bercinta. Anda ingin objek kasih sayang anda dapat diterima secara sosial dan kelihatan kacak/cantik. Anda melihat kekasih sebagai teman dan pendamping.

D:
Fikiran anda memberitahu bahawa anda perlukan seseorang, anda mula bergerak dengan penuh semangat untuk mengejarnya, tidak mengira sesiapa pun dan di manapun. Anda tidak mudah menyerah kalah. Anda pengejar jantina berlawanan, mempunyai semangat, manja dan ambil tahu apabila orang lain mempunyai masalah. Anda berminat kepada perkara-perkara eksentrik, luar biasa, bebas dan terbuka.


E:
Keperluan terbesar anda adalah bicara. Jika teman rapat anda bukan pendengar yang baik, hubungan anda menjadi buruk. Pasangan anda harus menarik secara intelektual. Jika tidak, anda tidak akan tertarik kepadanya. Anda perlukan teman untuk seorang kekasih sekaligus pendamping untuk teman tidur. Anda membenci ketidakharmonian dan gangguan tetapi sesekali menikmati perdebatan.

F:
Anda termasuk dalam jenis orang yang kreatif dan romantis serta seorang pemuja jantina berlawanan jenis. Anda mencari pasangan hidup yang terbaik. Anda mudah bermain mata tetapi apabila mempunyai komitmen, anda sangat setia terhadap pasangan. Anda seorang yang sensual, seksi dan mengghairahkan secara peribadi. Di mata orang ramai, anda kelihatan mudah membawa diri, mewah dan gagah.




G:
Anda seorang yang sangat memilih, mencari kesempurnaan pada diri sendiri dan kekasih. Anda hanya menganggap kekasih yang mempunyai intelektual yang sama atau lebih dan orang yang dapat meningkatkan status. Anda orang yang sensual dan tahu bagaimana meraih kemuncak seksual kerana anda melakukannya dengan sangat cermat.


H:
Anda mencari pasangan yang dapat menaikkan reputasi dan meningkatkan ketrampilan. Anda sangat baik terhadap kekasih dalam menjalani komitmen. Hadiah-hadiah anda sebenarnya merupakan modal bagi pasangan. Sebelum menjalani komitmen, anda adalah kekasih yang sensual dan sabar. Bila sudah menyukai seseorang anda akan menunggunya sehingga bila-bila pun untuk mencairkan hati pasangan yang disukai. Berani bersaing dengan penuh semangat.

I:
Anda mempunyai keperluan yang besar untuk dicintai dan dihargai. Bahkan keinginan untuk dipuja. Anda menikmati kemewahan, sensualiti dan kenikmatan duniawi. Anda mencari kekasih yang tahu apa yang dilakukan. Anda tidak tertarik kepada seorang yang profesional kecuali yang memerlukan seorang guru. Anda cerewet dan menghabiskan banyak tenaga untuk membuat keinginan dipenuhi.


 J:
Anda sangat romantis dan berkait rapat dengan kemewahan cinta. Memiliki pasangan adalah perkara yang sangat penting bagi anda, tapi kadang-kadang sangat sukar untuk mendapatkannya. Anda bebas dalam menyatakan cinta dan ingin mengambil kesempatan terhadap banyak pasangan, mencari pengalaman dengan pasangan baru, melakukan semua perkara penuh nikmat. Otak mengawal anda. Anda harus sedar bahawa pasangan memepengaruhi anda secara intelektual.

K:
Tidak ada perkataan lain kerana anda benar-benar luar biasa dan mengagumkan!!!!! (Yeke..?)




L:
Anda sangat romatis, kreatif dan kadang-kadang percaya bahawa mencintai bererti pengorbanan. Anda akan menamatkan hubungan atau berhenti menggoda orang yang mempunyai masalah luar biasa. Anda melihat diri sendiri sebagai penyelamat kekasih. Anda tulus, penuh kasih sayang, penuh nafsu dan impian. Anda mudah jatuh cinta. Anda sering berfantasi dan mudah terpengaruh dengan filem dan majalah. Anda tidak akan memberitahu rahsia hidup dan fantasi seksual anda kepada orang lain.

M:
Emosional dan bersemangat. Dalam sebuah perhubungan, anda menghabiskan seluruh diri anda di dalamnya. Tidak ada yang boleh menghentikan anda, tidak ada satu halangan pun yang menghalang anda. Anda sanggup berhabis-habisan dan mengidamkan seseorang yang sama-sama penuh kasih sayang dan bersemangat. Anda percaya pada kebebasan seksual. Anda ingin mencuba semua perkara dan tiada penghujungnya. Anda juga mudah bertindak seperti seorang ibu terhadap pasangan.

N:
Maaf ye... Anda sukar di tempat tidur @ di ranjang (sorry…) :p




O:
Anda sangat tertarik terhadap perlakuan seksual tetapi sangat tertutup dan malu untuk mengaku hasrat hati anda. Anda menggunakan tarikan seksual anda untuk mendapatkan duit atau mencari kuasa. Anda mampu dapat memanjangkan tempoh hubungan anda. Anda penuh kasih sayang, penuh ghairah, dan menginginkan perkara yang sama daripada pasangan.

P:
Anda sangat menyedari tentang norma sosial. Anda tidak akan memikirkan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan keadaan atau prestasi anda. Penampilan itu penting. Anda memerlukan pasangan yang kelihatan tampan/cantik dan juga bijak. Tetapi kadang-kadang anda memandang pasangan sebagai musuh untuk memepengaruhi rangsangan seksual.


Q:
Anda perlukan aktiviti dan pengaruh yang konsisten. Anda memiliki pelbagai tarikan fizikal. Tidak mudah bagi seorang pasangan untuk setia dengan anda, baik secara seksual mahupun perkara lain. Anda adalah kekasih yang antuisme dan sering tertarik kepada orang dari bangsa lain. Anda memerlukan kata-kata, pengarang jantung dan bunga serta banyak perbincangan untuk meningkatkan keinginan seksual.

R:
Anda orang yang sangat logistik dan sangat tertib pada tindakan. Anda perlukan seseorang yang dapat mengikut langkah anda dan setara dari segi intelektual, lebih cerdas dan lebih baik. Anda menjadi ghairah lebih cepat kerana lebih dipengaruhi oleh fikiran berbanding tubuh badan yang cantik. Namun daya tarikan fizikal amat penting bagi anda. Anda harus berasa bangga pada pasangan.

S:
Anda sangat tertutup, menahan diri dan malu. Anda sangat seksi, sensual dan mengghairahkan tetapi tidak mengambil kisah. Hanya dalam diri, anda membiarkan alam membuka rahsia anda. Anda tahu semua kaedah ringkas dan sanggup berlakon atau bermain-main serta membuat hubungan cinta menjadi sangat serius. Anda mempunyai kesabaran untuk menanti orang yang menepati minat anda.


 T:
Anda sangat sensitif, mementingkan diri dan pasif secara seksual. Anda menyukai pasangan yang memimpin anda. Muzik, lampu yang malap dan fikiran romantis meningkatkan imaginasi anda. Anda sering berfantasi tetapi tidak mudah jatuh cinta. Dalam percintaan, anda seorang yang romantis, kreatif, agak gelojoh dan sangat bersemangat.

U:
Anda bersikap antuisme dan kreatif ketika sedang jatuh cinta. Apabila bukan dalam hubungan cinta, anda mudah jatuh cinta dan selalu mencari seseorang untuk dipuja. Anda melihat kata-kata sebagai halangan. Pengaruh seksual anda kuat dan bernafsu untuk dibanggakan. Anda ingin membuatkan pasangan anda senang di atas keinginan diri sendiri.


V:
Anda individualistik dan perlukan kebebasan, ruang dan glamour. Anda menunggu sehingga mengenali seseorang dengan baik sebelum menjalinkan komitmen. Mengenali seseorang bererti menjiwainya. Anda berasa sangat perlu untuk memahami fikirannya untuk mengetahui apa yang membuatkannya bertindak balas. Anda tertarik kepada orang jenis eksentrik. Selalunya akan ada perbezaan usia antara anda dan pasangan.

W:
Anda sangat bangga, tekun dan menolak halangan ketika mengejar cinta. Ego anda dipertaruhkan. Anda romantis, kreatif dan sering jatuh cinta dengan cinta itu sendiri dan tidak melihat pasangan sebagai dirinya sendiri. Anda berasa benar-benar perlu meletakkan seluruh diri anda ke dalam hubungan. Tidak ada yang terlalu baik untuk pasangan.



X:
Anda perlukan rangsangan yang konsisten kerana mudah bosan. Anda mudah bercinta lebih dari seorang. Anda tidak dapat menghentikan fikiran. Anda terus berbicara selagi bercinta. Anda mempunyai hubungan cinta yang hebat, semuanya oleh diri sendiri dan di dalam fikiran.



Y:
Anda seksi, sensual dan suka bersendiri. Apabila tidak mendapatkannya dengan cara tersendiri, anda menghentikan segalanya. Anda ingin mengawal hubungan yang jarang berjalan dengan baik.  Anda bertindak balas terhadap pengaruh fizikal, menikmati sentuhan dan menghabiskan berjam-jam hanya dengan sentuhan, menikmati dan mencari pelbagai inisiatif.



Z:
Bagi anda perniagaan harus didahulukan berbanding urusan percintaan. Jika anda diganggu masalah kerja, perniagaan atau kewangan, anda akan sukar untuk bertenang dan sukar mendapat mood untuk bercinta.


2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...