Wednesday, January 26, 2011

Wah! Ada orang baik hati promotekan contest aku!^__^

Salam semua... Hari ni rasa letih sangat-sangat. Petang tadi aku terpaksa juga melelapkan mata yang tersangatlah mengantuk untuk sejam dua lepas uruskan hal-hal yang sepatutnya. 

Em malam ni just nak buat satu entri sebagai feedback kepada entri yang ditulis oleh seorang blogger bernama En. Hasrul Hassan.. Wah, nape plak ni? Ada isu panas ke? haha takdelah.. Actually, aku nak berterima kasih kat dia sebab sudi tolong aku promote untuk contest yang aku join. Wah, tetibe je ni? huhu. Aku tak kenal pun dia. Tapi kelmarin aku ada ternampak komen dia dalam facebook.. Dia dengan bermurah hati nak tolong sesiapa yang perlukan pertolongan dia untuk promote kita dapatkan undi dalam contest. Aku try la usha-usha blog dia and memang betul ada seorang contestant gunakan blog dia untuk dapatkan undi. 

So, aku pun try lah message dia, then dia setuju untuk tolong aku. Mula-mula ingatkan berbayar tapi dia kata free je. Memang ikhlas dia nak tolong orang. Terima kasih banyak-banyak ye En. Hasrul. Lepas 2 hari aku check, memang dah ada entri pasal contest yang aku join. Dan dalam masa yang sama, aku pun leh promote blog aku kepada kawan-kawan dia. Sebab follower dia pun agak ramai berbanding aku yang baru je nak bertapak dalam dunia blogging ni.

Inilah blog Hasrul..


Nak tengok lebih lanjut entri khas yang dibuat oleh Hasrul? Klik di------->>> SINI. Kalau ikutkan aku join 4 contest tapi aku just minta tolong dia promote salah satu je.. Iaitu Contest Ainna's Scarves by Butik Mama. Oklah kan? Pape pun thanks to Hasrul. Sebagai balasan, aku jadi follower blog dia. Best juga entri-entri dia. Tapi tak sempat nak tengok semua.. Kalau korang masih tak tahu apa ke benda contest-contest ni? Klik gambar-gambar yang sedia ada kat sidebar blog aku ni. Ada 4 contest yang memerlukan jasa baik korang untuk vote aku. Tak susah pun.. Again, thank you so much wat semua voters and supporters.. Also kepada blogger Hasrul ni. Kalau ada antara korang join contest macam aku juga, boleh tanya dia. InsyaAllah, dia akan tolong.  Ok take care. 

Salam...


Cik Mesya : Kadang-kadang orang yang kita tak kenal tu lagi senang nak beri pertolongan berbanding orang yang kita dah kenal. Sebab yang kenal pun kadang-kadang memakan diri kita balik..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...