Thursday, January 20, 2011

SiapA vOte akU??

Salam semua..:) Wah dah lama aku rasa tak update sesuatu dalam blog kesayangan aku ni. hehe.. Korang semua sihat? Dah makan? Dah mandi? haha.. General question yang aku selalu dengar. Korang pun sama kan? Especially untuk orang-orang yang sedang bercinta. (Aku ler tu..)-_- huhu. 

Em nak story apa ek? Urmmm.........(Thinking)^^

Owh! One story! Actually bukan story apa sangat pun. Just want to share about contest Pencarian Model Habibi yang aku join dalam facebook tu. Alhamdulillah dapat undian yang banyak. hehe. Daripada mana datangnya undi-undi tu? Erm... Banyak sumber. Dengan bantuan my friends, families, myself and of course my beloved Honey, Mr. J. Susah-susah je dia tolong promote. And thanks to my sis yang sudi tolong along nya ini promote. Thanks dear.. Nanti along belanja k.:)

Kajian yang aku lakukan ke atas total of votes yang aku dapat, mendapati about 39% sahaja dari kalangan friends dalam facebook aku. Including my family. Tapi family aku semua bagi support. Alhamdulillah.. Cuma tentang friends tu. Yang vote kebanyakannya dari kalangan orang yang aku kenal. Oklah, friends aku ada dalam 1000++. Tolak family adalah dalam 20 orang camtu. Kenalan yang aku betul-betul kenal dan vote aku lebih kurang dalam  150++ camtu. Yang lain-lain aku tak berapa kenal. 

~~~ Start pening jap. hahaha..:p (Don't like math!)

Oklah, yang 39% tu dalam 200++ camtu. Selebihnya 61% adalah foreigners yang sama-sama nakkan vote dari aku. Takpelah, aku murah hati balas lah balik vote dorang.@_@ Tapi memang macam tu adat contest sebegitu. Kena rajin vote orang baru orang vote kita. Baru aku faham semua ni.:)

Eh dah-dah, merepek benda lain plak. hehe. So, keseluruhan friends dalam facebook yang keluar mengundi aku adalah  dalam 200++ camtu. (Dah macam PRU Malaysia plak ye) hehe.. Yang menjadi kemusykilan aku, mana lagi 800++ friends aku yang lain? Aku tak tahulah mana datang ramai-ramai friends aku tu. Walhal sebelum accept ke apa, aku dah saring dah identiti dorang. Kalau macam pelik-pelik je nama atau profile picture memang aku reject! Menyemak fb aku je nanti. (Kasar nampak);) hehe..

One more thing, aku rasa ada vote yang hidden lah. Sebabnya, bila aku tengok dari fb orang lain, berbeza dengan vote yang ada dalam fb aku. Tapi just beza 1 vote je. Contohnya, aku tengok dari fb adik aku, ada 10 undi, tapi bila aku on fb aku, berkurang 1 vote jadi 9. Em aku tak larat nak check satu-satu siapa yang vote. Tambah-tambah yang bukan friends aku. Wah, ada peminat misteri nampak! Secret admirer!! Wow! haha.. Dah lama takde secret-secret admirer ni. Dulu masa sekolah memang berlambak-lambak secret admirer aku. Tapi aku malas nak layan. (Ayat bajet ayu) haha.. Em kalau ada hidden vote tu, nanti si penganjur tu tahu ke? Walaupun 1 vote tetap bermakna. Maybe kesilapan teknikal kot. Tapi tiap kali aku check, memang begitulah terjadi. Hmm... Siapakah voter itu? Jeng-jeng-jeng.. haha.. Kalau ikhlas nak mengundi takpelah. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tapi kalau ada niat tak baik, lebih baik bertaubatlah. huhu. Suka hati aku je. Ke pengundi hantu??? Takkan si Toyol kot? Dia masih minat aku ke? Giteww...!;p (What the......!) Fikir sendiri.

Entahlah, kadang-kadang bila kita fikir balik ada kawan yang ramai tapi belum tentu semua boleh pakai. Yang mana bagi aku support tu memang aku tabiklah. Terima kasih banyak kat korang-korang yang vote aku. Aku sekadar cuba-cuba je, tapi bila tengok dapat vote agak tinggi dan terus meningkat, bertambah-tambahlah semangat aku nak usaha lebih lagi. Ada satu komen dalam album contest tu, aku memang LIKE! hehe..

Komen dia berbunyi begini "good luck utk sume!!korang sume ade bakat..org je xnmpk..doesnt matter pe org nk ckp k!" From Nena... huhu. Sebelum komen ni keluar, ada lah suara-suara sumbang cakap macam-macam kat contestants. Biasalah, bukan semua orang tu berhati baik. Lebih-lebih orang Melayu. Ada je nak mendengki. Bukanlah nak kutuk orang Melayu sebab aku pun orang Melayu tapi memang aku tengok dari dulu sampai sekarang begitulah keadaannya. Ada je nak didengkikan. Benda-benda camni pun nak jadi bahan. Tapi so far alhamdulillah aku takdelah dapat komen-komen yang tak best. Semuanya best-best.:) Thanks to all voters. 

Again, undian masih boleh dibuat sehingga 27 Januari 2011. Lepas tu, aku pun tak tahulah apa program untuk contestant nanti. Kalau ada rezeki dapatlah aku merasa jadi model. Bukan apa, dapat juga tambah pendapatan. Nak kumpul duit sebab nak kahwin. Amin.. hehehe.. How to vote? Click at my picture entitled "VOTE FOR ME HERE". After that follow the instructions which will be displayed. Ok done! :p

So guys, i want to get rest now and take care of yourself. Opps! Teringat kisah Mamat Pelik sebelum ni. "xpayah suruh pun saya jaga" ----> Hakhakhak.. Ayat dari seorang budak lelaki yang.... Entah! Memang pelik! haha. Selamat malam and Assalamualaikum...~_~



Cik Mesya : "Usaha tangga kejayaan"- Dah lama tak gunakan pepatah ni.:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...