Salam semua.. Apa khabar..? Em minggu ni aku bercuti..! Yeay! Bestnya.. huhu.. Kebetulan aku duk kat Putrajaya so, esok cuti umum sempena Hari Wilayah.. Buat mereka-mereka yang stay kat Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, wish you all Selamat Hari Wilayah..:) Negeri-negeri lain tak cuti.. huhu..
Yesterday, aku dan sefamily jalan-jalan ke majlis perkahwinan anak-anak kawan ibu dan ayah aku. Ada 3 majlis berlangsung pada hari yang sama. So, kami pun plan lah elok-elok supaya dapat pergi ketiga-tiga majlis. Kali ni aku rasa majlis yang kami hadiri serba-serbi lengkap. Mana taknya, dari pasangan pengantin berpurdah hinggalah free-hair! hehe.. (Mesti korang tertanya-tanya maksud tajuk entri aku kan?)^__^
Okeys, lets check out wedding-wedding yang telah aku hadiri semalam.. (30 Januari 2011)
1st : Wedding bertemakan ala-ala Arabian.. Sebab pengantin wanita mengenakan purdah dan memakai kasut balet (Macam wanita arab). Lelaki pula hanya pakai capal.. Ikut sunnah Nabi rasanya. Wedding ni diadakan di Dewan Presint 9 Putrajaya. Sesampai je di majlis, tetamu agak crowd. Sampai berlaga-laga bahu. Dewan tu tak berapa besar tapi kira grand lah juga.. Dari segi design pelamin dan makanan oklah.. Cuma makanannya agak kurang sedap. Menu ala-ala Jawa tapi kurang enak. Tak tahulah kenapa.. Pape pun aku salutela family ni.. Mengekalkan ciri-ciri keislaman yang patut ada dalam setiap majlis.. Jaranglah wanita Islam sekarang nak berpurdah sekarang ni.. Aku pun kadang-kadang terlintas juga nak berpurdah semua tu. InsyaAllah..
Pelamin yang indah.. Diselitkan dengan bunga ros merah which is my favourite colour.:)
Inilah pasangan pengantin yang diraikan. Menarik kan? Semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat. Amin..
Hiasan bunga yang menarik perhatian aku..:)
Signage di luar dewan
2nd : Wedding kedua ni pun diadakan di Putrajaya juga. Bertempat di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya, kelihatan majlis ni agak grand. Mungkin sebab design dewan tu sendiri yang ala-ala hotel 5 stars. Bertemakan warna favourite aku, pengantin memakai busana warna merah plus krim. Pelamin pun bertemakan warna merah. Yang ni bagi aku biasa-biasa je.. Seperti juga majlis-majlis lain. Tapi sewaktu pengantin berarak masuk ke dewan, alunan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W berkumandang. Syahdunya time ni.. Lebih afdal dan lebih tenang. Lagi satu aku suka sangat bacaan doa dari seorang Uztaz yang sangat menyentuh perasaan. Mendoakan pasangan pengantin dan keluarga mereka dengan perkara yang baik-baik. Bila aku dengar bacaan doa tu, rasa sayu sangat-sangat. Then, diaminkan oleh puluhan tetamu, moga dimakbulkan oleh Allah s.w.t..
Kedua-dua mempelai di atas pelamin.. Persalinan merah- my feveret colour again! hehe
3rd : Yang terakhir ni, majlis diadakan di kawasan rumah kat Taman Sri Serdang. Hujan yang turun tak menghalang kami and tetamu yang lain untuk memeriahkan majlis.. Majlisnya agak simple. Maklumlah ini majlis sambut menantu sebab anak kawan ayah ibu aku ni lelaki. Jadi, majlis agak kecoh dan riuh dengan kehadiran kawan-kawan pengantin lelaki. Bertemakan merah maroon, pengantin perempuan kali ni free-hair.. Orangnya manis.. Tapi disebabkan keadaan hujan dan suasana riuh rendah oleh kawan-kawan pengantin lelaki membuatkan kami kurang selesa dan ingin beredar lebih awal. Tapi yang bestnya majlis ni, makanan dia sedap! Cuma sebab aku dah kenyang, tak dapat makan banyak-banyak. huhu. Disebabkan dorang ni duk kat Taman Perumahan, so yang membantu dalam majlis ni adalah dari Persatuan Penduduk situ. Patutla sedap masakannya. Masak sendiri..:)
Simple but nice... Tapi bila tengok pasangan ni, teringat majlis kahwin my ex-schoolmate (Rahimah Noh Hassan) sebab wajah dan fizikal pengantin perempuan ada iras-iras macam dia kat bawah ni..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Ada iras-iras tak? hehe..
Kemeriahan di majlis... Kawan-kawan pengantin lelaki menyerbu pelamin untuk bergambar. Aku rasa aku kenal salah seorang dari dorang ni. Paling kiri sekali, macam driver office aku. huhu..
As conclusion, memang complete satu hari wedding yang aku pergi semalam. Complete dari segi apa? Dari segi penampilan pengantin. huhu. Daripada yang bertudung litup dan berpurdah, kemudian yang bertudung biasa-biasa, then finally yang tak pakai tudung langsung. Boleh bikin drama! hehe.. Contoh, perempuan yang asalnya alim sangat-sangat suddenly berubah penampilan sedikit demi sedikit. Dan akhirnya terus free-hair. Mungkin boleh buat drama kisah seorang gadis yang terpengaruh dengan kehidupan sekeliling sehingga mengubahnya 100%. Begitulah kuatnya pengaruh sekeliling kalau tiada iman yang kuat di dada. Wah! Jauhnya aku berimaginasi. huhu.
Em oklah.. That's all for this entry. Nanti aku akan update lagi kemudian. Tapi baru aku perasan, wedding-wedding yang aku pergi ni semua guna tema hampir serupa. Merah! Yes! Merah maroon, merah darah.. huhu. Best! Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru kepada ketiga-tiga pasangan.. Dan kepada mereka-mereka yang mengikat tali perkahwinan pada hari yang sama. Semoga anda semua berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat..:)
Cik Mesya : Bilalah giliran aku pula ya...;)
Saya berminat dengan entry ni :)
ReplyDeleteTerima kasih.:) Selalulah singgah blog sy ya..:)
ReplyDeleteerm mmg betul2 macam drama la..hehehe
ReplyDelete