Salam.. Ahakss.. Kali ketiga membeli-belah melalui TV Go Shop, kali ni saya beli Laneigh BB Cushion. Dah lama saya nak cari bedak foundation yang mudah. ringan dan sesuai dengan kulit saya. Almaklum saya ni jenis aktif ke sana ke mari, kerja + bisnes kadang tak sempat touch up, muka berminyak-minyak rasa confidence level terus turun. Tu nak cari bedak/foundation yang senang nak pakai.
Kenapa saya beli LBBC ni? Sebab melalui explanation dan testimoni yang ditunjukkan dalam Go Shop dan pengguna-pengguna lain di website google, memang sangat-sangat berkualiti. Warna dia sesuai dengan kulit wanita Asia, tekstur dia halus, tak berminyak dan bila disapu sejuk je rasa. Yang penting bila pakai tak comot tak macam foundation lain di luar. Memang seronoklah nak bersolek. Tanpa mekap tebal hanya pakai LBBC ni je dah naik seri wajah. Plus saya memang amalkan produk kecantikan Elken, lagi la syok kan hasilnya! Hehe...
Beberapa kali Go Shop tayangkan tentang Laneigh BB Cushion ni, barulah saya decide nak beli. Kebetulan mak mertua datang rumah, sambil-sambil tonton Go Shop ni, mak mertua pun berkenan nak beli juga. Apa lagi, kami pun share beli foundation ni. Berbaloi-baloi sebab beli 2 dapat free 2 re-fill dengan harga RM299 je! Saya survey harga asal untuk 1 je RM120++. Kat Go Shop siap dapat free lipstick mini pallete dan facial wash berharga RM150. Best tak shopping camni? Memang best! =)
Bila saya sapu je LBBC ni, rasa halus je tekstur dia. Dia dalam bentuk cecair tapi tak perlu nak tuang-tuang atas span. Just tekan je span muka tu kat bahagian berwarna coklat then dap-dap kat wajah pula sampai rata. Sangat mudah dan cepat!
Duta LBBC adalah pelakon terkenal Korea iaitu Song, Hye Gye. Memang comel duta nya. Huhu..
Inilah rupanya LBBC.. Foundation nya berada di dalam span coklat tu. So dia tak meleleh dan tak melekit macam foundation biasa. Antara produk kosmetik yang ada inovasi dalam persembahannya. Agak menarik sebab tu saya tertarik.
Ok tak? Saya just tambah eyeliner & lipstick nipis sahaja sudah memadai. Natural look giteww... Tahan sampai malam tau! Nak order? Tengoklah channel 118 Go Shop. Ada TV boleh beli. Ngeee......=)
Misya : Cantik untuk suami.
Suke baca... i pn teringin nk beli sbb tgk kat gi shop mcm best je.. tp klu kulit jenis berminyak ok x?
ReplyDeleteSuke baca... i pn teringin nk beli sbb tgk kat gi shop mcm best je.. tp klu kulit jenis berminyak ok x?
ReplyDelete@Khairunnisa Lazim Hehe mmg best dear.. Try la beli.. =) Sesuai untuk sume jenis kulit rasanya.
ReplyDeletesejak sekian lama teringinkan laneige bb cushion tapi masih sayang duit nak beli.. hehe
ReplyDeletesalam.. sy pun macam nak beli.. kalo nak, boleh share
ReplyDeleteMASIH ADE LAGI KE SIS PRODUK NI DALAM GO SHOP
ReplyDelete@Diba Oh tak sure pula dear. Boleh check kat website dia.
ReplyDelete