Thursday, January 29, 2015

Ajay Devgan masuk Islam dalam Singham Returns??

Salam.. Siapa ada Astro channel 251 BollyOne HD? Dulus aya ingatkan channel kena tambah dulu baru ada tapi bila saya tekan-tekan remote tu aik, ada rupanya channel ni. Apa lagi, dah lama tak layan hindustan, sesekali melayan syok juga. Sebab semua movie-movie baru dan box-office yang ditayangkan. Mula-mula saya ingatkan filem Bollywood sekarang ni dah tak best sebab banyak yang dah dimodenkan. Tak macam filem Kuch Kuch Hota Hai yang meletup-letup dulu. But sangkaan saya meleset. Still ada filem Bollywood yang sedap ditonton walaupun elemen moden seperti Hollywood dimasukkan. Salah 1 movie yang best untuk ditonton adalah Singham Returns lakonan Ajay Devgan & Kareena Kapoor.


Actually this movie adalah sequel daripada filem lama iaitu Singham. Bertemakan kepolisian, Ajay memang betul-betul serius menghayati watak Ketua Polis Kanan di Mumbai iaitu Bajirao Singham. Namanya pun ala-ala singa maka gaya Ajay memang macam singa! Beselah hindustan, hero mesti sentiasa macho!


Selalu kita tengok cite hindustan ni, polis-polis dia selalu bermasalah displin. Amik rasuah la, jadi gangster dan sebagainya. Tapi dalam filem ni imej polis India dibersihkan melalui watak Singham. No more rasuah/ gangsterism. Tapi filem ni mendedahkan betapa teruk dan lemahnya sistem politik dan institusi perundangan di India yang penuh dengan jenayah rasuah, wang gelap, kuasa kuku besi dan hak belia & wanita diketepikan. Tapi Singham bangkit dan memusnahkan kejahatan-kejahatan tersebut. 

Heroin filem ni Kareena Kapoor. Tapi bagi saya kehadiran Kareena hanya sebagai penyeri saja. Tiada peranan berat diberikan dalam filem ni. Almaklum filem hindustan takde heroin tak sah.

Saya suka tengok mainan warna dan grafik dalam filem ni. Very nice walaupun di kawasan-kawasan ceruk India tapi nampak macam India sudah bersih dan moden.

Antara yang wat saya tertarik adalah babak di kawasan penduduk Muslim. Dipaparkan masjid dan makam orang alim di situ.

Masa ni seluruh anggota polis yang beragama Islam sama-sama berdoa agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan kes jenayah yang dorang hadapi. Yang peliknya Ajay bukan Muslim tapi dibenarkan masuk ke kawasan masjid dan makam untuk sama-sama berdoa. Siap pakai ketayap lagi tuh! Ke Ajay dah masuk Islam??

Yang buat saya feeling awesome lagi adalah babak Kareena Kapoor memakai hijab di kawasan penduduk Muslim. Cantik pula bila tengok dia camni. Sejuk je mata memandang..

Very nice! Bukan dia memang dah Islam ke since kahwin dengan Saif Ali Khan? Heh.


Antara babak-babak dalam Singham Returns

So kalau nak tengok cite ni kenalah langgan channel Astro 251. Tapi saya tengok jadual tayangan di SINI dah takde slot Singham Returns. Takpela, try ler cari dvd atau download je kat mana-mana. Huhu. Happy watching!=)



Misya : Dulu pantang dengar lagu Hindustan mesti nak menari.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...