Wednesday, August 21, 2013

Halim Othman tak mengaku ada kekasih??

Salam. Ingat lagi story saya about selebriti Halim Othman dengan seorang gadis cun melecun yang dikatakan kekasihnya? Boleh tengok SINI. Baru je nak happy-happy kot-kot Halim Othman akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Tup-tup keluar kenyataan beliau melalui Oh! Artis...,  Halim Othman kata tu bukan kekasihnya! Tapi sekadar peminat.. Pulak dah.. Huhu. Apa kata beliau?

UPDATE : Kami menerima kenyataan yang Halim Othman lakukan mengenai isu ini. Menurut Halim wanita itu hanyalah sekadar peminat biasa malah, gambar itu sengaja disebarkan seolah-olah bagi tujuan mendapat publisiti. Malah, Halim juga mengakui bahawa dia sebenarnya tidak selesa apabila bergambar dengan wanita itu kerana suka berkepit-kepit dengan dirinya.

“Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya. Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.

“Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.” jelas Halim Othman.


Part mana yang superimpose tu? Mungkin yela kot.. Now macam-macam leh buat dengan gambar kan. 


Tapi rata-rata peminat kurang berpuas hati dengan kenyataan Halim tu. Semuanya mengharapkan Halim cepat-cepat kahwin dan terima seadanya mana-mana wanita pun.





Kalau dah jodoh pasti takkan ke mana.. For me, Halim kira dah cukup sempurna untuk mendirikan rumah tangga. Memilih itu penting tapi if terlalu memilih pun tak bagus juga. Pape pun sama-samalah kita doakan Halim cepat-cepat bertemu jodoh. Nampak benar dah tu gadis tu betul-betul sukakan Halim. Orang dah berkenan, amik jela. Cantik plak tuh. Hehe..



Cik Misya : Cinta tak boleh dipaksa. Cinta hakiki yang abadi.

2 comments:

  1. heran jugak dengan HH ni, adakah dia anti perempuan?

    ReplyDelete
  2. tapi nampak halim macam tak berapa selesa je bergambar.hehehe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...