Thursday, February 7, 2013

Shila Amzah dikongkong oleh keluarga?

Salam.. Baru-baru ni saya ada post tentang kisah percintaan penyanyi Shila Amzah dan pelakon Shaarnaz Ahmad yang tidak mendapat restu penuh oleh bapa Shila Amzah iaitu ND Lala di SINI. Hari ni terbaca entri dari Oh Gosip Artis di SINI tentang kenyataan terbaru daripada Shila Amzah di laman Twitternya. Beliau sayangkan family dan Shaarnaz dan berharap bapanya dengan Shaarnaz berbaik-baik semula..


Simpati betul saya bila baca kata-kata Shila ni..:( Sebab saya pernah alaminya juga.. Tuhan je tahu betapa tertekannya kita bila berada dalam situasi tersepit sebegini. Bila orang yang kita cintai tak sebulu dengan orang yang kita kasihi. But at least hubungan mereka ni masih boleh diselamatkan. Ibu bapa mana nak tengok anaknya menderita rite? Buat Shaarnaz, harap bersabarlah sedikit.. Jangan lah emosional sangat sampai jauh hati dengan Shila (tengok SINI). Kalau sayangkan Shila, anda seharusnya memahami, tolak-ansur dan tunjukkan contoh yang baik. Kena bagi bapa Shila tu confident nak lepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki yang dia percayai. 



Sebagai bapa, ND Lala juga haruslah bersifat matang dan profesional. Sudah sampai masa anaknya diberi sedikit ruang untuk membuat keputusan sendiri. Kalau begini, takkan selesai sampai bila-bila. Shila baru je nak meningkat naik. If berterusan, mahu prestasi Shila akan menurun! 


Pape pun saya mendoakan dorang semua berdamai dan menyelesaikan masalah ni dengan profesional. Dah sampai jodoh, kahwin jela. Benda baik, buat apa dikeruhkan rite?



Cik Misya : Bersendirian di suatu tempat menenangkan adalah terapi yang sangat bagus.

2 comments:

  1. nak kata kesian pun...macam masalah nya kat 2 lelaki dalam hidup dia...bukan salah shila kan...?

    mmm...semoga Allah berikan yg terbaik buat Shila...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...