Thursday, February 14, 2013

14 Februari 2013.. Special Day for me.. ^_^

Salam... Haa.. Apa yang special sangat dengan tarikh 14 Februari 2013 tu?? Apa dia?? Valentine's Day??! Hello.. Kita orang Islam tak sambut ya hari-hari camtu! Banyak lagi hari lain yang boleh mengeratkan kasih sayang sesama manusia tau.. But! Bagi saya memang ada something special setiap kali menjelang tarikh 14 Februari ni. Nak tahu apa dia? ;)


Alhamdulillah hari ni genap 2 tahun saya bergelar penjawat awam! Actually saya tak ingat tarikh ni tapi officemate saya send email wish ulangtahun kami! Masa lapor diri tu memang kami 3 orang sahaja! Memang special la bagi kami tarikh tu. Syukur Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan kerajaan secara kontrak, rezeki saya mendapat jawatan tetap setelah di interview 2 kali oleh JPA. Memang saya sayang kerja saya sekarang tapi dalam masa yang sama saya suka mencabar diri mencuba sesuatu yang baru seperti bidang modelling, pengacaraan dan perniagaan. Seronok! Lepas satu-satu kejayaan saya kecapi. Syukur...



Apa-apa pun masih jauh perjalanan untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar. Dugaan pun akan bertambah besar tapi syukur semuanya dapat diatasi dengan sebaiknya. Uols yang dah ada kerjaya tu, jagalah betul-betul ok. Usaha, rajin dan kuat semangat insyaAllah berjaya dunia akhirat. Saya doakan anda semua juga berjaya!

Hah! Jangan gatal-gatal nak sambut Valentine pulak ye adik-adik kat luar tu.. SPM pun tak lepas lagi sibuk nak bercintan-cintun. Ahakss..;) Belajar rajin-rajin dapatkan perkejaan yang baik dan halal, baru cari cinta..:)


Cik Misya : Cinta tidak boleh dipaksa-paksa.



9 comments:

  1. Happy Anniversary 2 Tahun Bekerja Sebagai Penjawat Awam Cik Misya :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah cik misya...semoga lebih sukses lg lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Wilma tag Cik Misya ya ^_^

    http://www.duniawilma.com/2013/02/1st-giveaway-by-farsya-w.html

    ReplyDelete
  4. Aww sweet :) Congrats!! Smoga terus berjaya :))

    ReplyDelete
  5. moga success selalu aimi..=)..harap2 nad pun boleh jadi mcm aimi..

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis :) Good luck in da future! May Allah bless u sis..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...