Friday, February 8, 2013

Sanggup terlanjur gara-gara Setia Hujung Nyawa??

Astagfirullahalazim!! Terkejut bila melihat status facebook seorang gadis muda yang obses dengan drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3! Gara-gara kisah percintaan yang dikatakan sungguh 'sweet' dalam drama tersebut maka ada yang sanggup mengorbankan maruah diri untuk terlanjur! 


Alahai ceteknya akal si gadis ni.. Dia ingat terlanjur tu apa agaknya? Hmm budak-budak sekarang.. Lalai dan leka dengan dunia yang penuh cabaran ni. Sampai benda-benda camni pun dia ingat permainan. Parent kalau boleh kawal la anak-anak anda supaya tahu setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak.



Dalam dunia ni mana ada kisah hidup yang sungguh perfect macam yang digambarkan dalam novel-novel. Dulu saya pun gila baca novel sampai penuh rak buku saya! Last-last tinggal perhiasan sahaja. Baca memang best tapi rupanya ia membuatkan kita banyak berkhayal sedangkan banyak lagi perkara perlu difikirkan. Now kalau beli novel pun lebih kepada kisah-kisah cinta berunsurkan islamik macam Ayat-Ayat Cinta. Banyak pengajaran yang boleh dikupas dan diambil sebagai seorang wanita Muslimah. 


Pape pun buat anda semua, jaga diri baik-baik. Drama dalam TV semua tu hanya lakonan semata-mata. Realitinya sangat berbeza. Pandai-pandailah bawa diri ya..:)


Cik Misya : Hidup ibarat roda.

18 comments:

  1. akak baca gak kat fb aimi.. mengucap panjang akak... lain teladan yg nak ditonjolkan lain lak pemahaman rumaja sekarang .. adoilaa...

    ReplyDelete
  2. masyaAllah kesian pada si dia yang terlalu taksub

    ReplyDelete
  3. aduyaii.... ini lah kalau dah terlalu minat dengan sesebuah drama tu... watak yang di lakon kan terkesan di hati peminat... semuanya nak di ikut...dah tak boleh lagi nak fikir mana yg baik dan yang buruk.... emmm....

    ReplyDelete
  4. pengaruh drama kuat sgt tu. haihh

    ReplyDelete
  5. cetek nya pemikiran dia nie.. syg lah maruah perempuan tu dik oiii.. tak semua kebahagiaan akan dapat dengan cara macam tu.

    ReplyDelete
  6. hmmmm..budak2 zaman skang ni, mmg terlalu taksub. ade je benda2 yg diorg nak buat di luar jangkaan kita

    ReplyDelete
  7. jgn ada yg terpengaruh..tetap ada kesan negatifnya.

    ReplyDelete
  8. minat jerk lh .. jgn smpai taksub. adooi ...

    awk d tag ^^ http://www.nazlyizan.my/2013/02/random-giveaway-by-ls.html

    ReplyDelete
  9. terkedu kejap lepas baca.. doyaiiii.. hrp dia sedar dgn apa yg dia ckpkn tuuu

    ReplyDelete
  10. pemikiran budak xmatang.... mcm tu la

    ReplyDelete
  11. astaghfirullah. budak2 akhir zaman camni lah. berapa agaknya umur pompuan tu ya? fikiran cetak dan tak matang.

    ReplyDelete
  12. tu lah... ada akal pakai
    kenapa lah tak leh nak pikir mana baik buruk dosa pahala... pelik betul lah!

    ReplyDelete
  13. Macam bodo jer saya tengok. Untung kalau ending dye macam tu. Kalau bertentangan, kan dah naya..

    ReplyDelete
  14. Astafirullahalazim..ape kebenda la budak tu pikirkan..haih..tak semestinya jln yg Allah tentukan untuk dia sama..nak kene ketuk jugak budak tu ha..haha

    ReplyDelete
  15. Mcm tu pulak yg dipikirkan nye ye...isk isk..

    ReplyDelete
  16. hhehe semua nak sweet.....yg untung penerbit drama dan penulis novel....

    ReplyDelete
  17. astagfirullah.. sebenarnya dia masih sedang mencari diri dia sendiri. takpe, kita jangan menguhukum dulu, kita doakan dia insaf dan diberi petunjuk.. :-) moga Allah redha

    ReplyDelete
  18. melayu.. xde cter lain ke nk wat. psl cinta je, msti buat trlanjur. pastu bahagia. bosan seyh.. ;0

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...