Monday, November 29, 2010

SWEET LIME A.K.A LIMAU MANIS

Haishhh... Tiba-tiba rasa nak naik angin! Sebab apa? Aku rasa orang gaji tu nak kenakan akulah. Sampai sekarang gaji tak masuk-masuk gaji. Member-member lain, sorang demi sorang dah masuk. Tapi nasib baik tahap kesabaran aku masih ada walaupun dah tinggal level paling kritikal! Sabar-sabar....

Perut aku rasa mendidih dah ni. Dah lama tak bedal nasi lemak dari warung Limau Manis tu. Sambal dia, perrgghh! Memang masyuk! Pedas! Nasi dia dahla banyak. Murah pula tu. Itulah nasi lemak kegemaran aku. Walau pun dijual di warung tepi jalan je. Tapi sekali makan memang ingat sampai bila-bila. huhu. Kuih-muih dia pun sedap-sedap. Harga pun murah. Berbaloilah makan kat situ especially time hujung bulan. :p Member-member office aku ramai suka pergi sana. Dari sini dalam 5 minit je kot naik kereta. 

Limau Manis; nama tempat macam menggambarkan tempat tu seperti Ladang Limau. Tapi sebiji limau pun aku tak pernah nampak. hehehe.. Merupakan kawasan di pinggir Putrajaya. Berdekatan dengan Desa Pinggiran /Pinggiran Putra kalau tak silap. Cuma Limau Manis ni dah kira kawasan kampung. Jalanrayanya berlingkar-lingkar. Tapi nilai hartanahnya sangatlah tinggi sebab dekat dengan Putrajaya. Sesiapa dapat tanah atau buat rumah kat situ, bertuahlah sebab dekat dengan kawasan pejabat kerajaan. Senang nak pergi kerja kalau kerja kerajaan. 

Dulu masa awal-awal aku pergi lunch kat warung Limau Manis tu, kawasan belakang warung tu just hutan belantara je. Sekarang kalau pergi, dah ada projek perumahan kat situ. Kejap je dah hilang hutan kat belakang tu. Dulu siap ada monyet datang singgah kat warung tu lagi. Em sayang betul kawasan tu.. Lama-kelamaan, hilanglah Kampung Limau Manis tu bila pembangunan mula merobek keindahan semulajadinya. Siap kitorang gelar kampung tu Sweet Lime lagi. hehe.. Konon-konon bagi standard sikit namanya. Tapi kitorang jenis tak kisah walaupun makan kat warung tepi jalan je. Bukan macam sesetengah orang. Memilih tempat makan yang standard-standard je. Pape pun yang penting tempat tu bersih dan harganya berbaloi dengan makanan yang kita beli or makan. 

Sampai sekarang masih terasa kepedasan sambal nasi lemak Limau Manis dalam perut ku ini. Mesti dia guna cili kering plus cili api. Memang terangkatlah sesiapa yang memakannya. So, kepada sesiapa yang berminat nak makan nasi lemak yang sedap ni, lehla pergi ke warung Limau Manis ni. Alamatnya? Aku pun tak tahu. haha.. Sebabnya, ia betul-betul kat tepi jalan. Kalau dari Putrajaya, lepas melalui sebuah restoran plus kolam memancing (Tak tahu nama dia), ambil kiri pastu terus je.. Then akan naik turun bukit. Sampai lah nampak ada tanah merah dan warung tu kat area-area situ. Tapi kena menyeberang jalan. Kalau dari Putrajaya, dia belah kanan. Kalau tak jumpa juga, pandai-pandailah korang cari. haha.. Oh ye, dia beroperasi dari tengahari sampai petang je. Pagi dan malam ditutup. Tapi lebih syok pergi tengahari lah. Makanan baru sampai, masih panas.. Selalu lelaki lepas solat Jumaat di masjid Limau manis tu, dorang akan lunch kat situ je..

Kesimpulannya, Selamat menikmati nasi lemak di Warung Limau Manis. hehehehe...


3 comments:

  1. lor..siannyer..hopefully cpt dpt gajinya:)

    ReplyDelete
  2. Undang2 yg longgar rakyat merana.

    MBMMBI APA MASALAHNYA

    ReplyDelete
  3. tu la.. Alhamdulillah da masuk. perit betul nak tggu gaji masuk.. hmm..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...