Thursday, November 25, 2010

NAk MemANdU ke NaK MeMbuNuH??

Assalamualaikum semua..! Lama tak jumpa ye.. haha.. Baru 2 hari je kot.. Rindu kat korang semua! Tibe jek! haha.. Rindu kat siapa pun aku tak tahu lah.. Ingat semalam nak update blog tapi disebabkan keletihan yang amat, aku tangguhkan pada hari ni.

Alhamdulillah aku selamat pergi ke Kuantan dan pulang ke Putrajaya. Fuh! Perjalanan yang sungguh mencabar semangat dan nyawa!! Serius beb.... On the way ke sana je dah rasa macam nak tercabut nyawa. Mana taknya, driver yang bawa aku, Shikin dan Tyra tu macam nak bunuh kitorang! Punyalah laju dia bawak... Aku dahlah dok depan. Daripada aku nak terlena terus tak jadi tidur. Awal-awal tu ok lagi. Masuk je lebuhraya karak, terus mata aku takleh pejam dah. Dahlah jalan berlingkar-lingkar. Driver tu bantai speed 140-160 km/j! Pastu dia cucuk-cucuk kereta depan. Wat nya tiba-tiba kereta depan break??? Tu kalau kereta.. Kalau bas atau lori, camne?? Time selekoh lagi dia tekan minyak. Ya Allah hai.. Tuhan je tahu perasaan aku time tu. Budak 2 orang kat belakang bantai tidur sebab tak sanggup nak tengok driver tu bawa laju sangat. Lepas mengharungi saat genting tu barulah ok sikit sebab jalan dah lurus. Before that, ada accident berlaku kat Ganting Sempah. Tak tahulah accident ke ape sebab melibatkan sebuah kereta Mercedes Compressor kot, terbakar tengah jalan. Aku ingatkan lepas melalui kemalangan tu, mamat drebar ni slow kanlah speed dia. Tapi sama jek. Cuma lepas Temerloh baru dia slow sikit. And Alhamdulillah kami selamat sampai kat Kuantan.

Cuaca kat sana sangatlah panas.. Tepi laut katakan.. Ingat nak check-in hotel dulu tapi kami sampai awal setengah jam, bilik masih belum ready. So, kami pun pergi lunch. Lepas tu terus ke tapak event yang akan diadakan. LKIM Kuantan Pahang; sebuah port bagi nelayan-nelayan melabuhkan bot dorang selepas menangkap ikan di laut dalam. Suasananya?? Em bersih.. Tapi bau ikan yang sangat kuat. Tapi depends lah. Makin petang makin hanyir bau tempat tu. Bau ikan kembung agaknya. Huhu. Kelihatan nelayan-nelayan yang dah get ready untuk gi menangkap ikan. Fuh, badan masing-masing mantop2! haha.. Tapi takpelah.. Not my taste.. Giteww.. Bukan apa, gaya dorang je menankutkan. Kulit masing-masing gelap-gelap (macam aku putih sangat :P), dan aku rasa kebanyakan dari dorang bukan Islam sebab terdapat tatu pada lengan dorang. Mungkin orang-orang asli yang bukan Islam.

Masa mula-mula sampai kat tempat tu ingatkan dah ready semua benda. Tapi just 10% baru siap. Tu pun bahagian stage. Rehersal start pun dah lewat. Kat jam 5.00 petang baru raptai dimulakan. Tapi ramai yang mengeluh sebabnya, lepas satu-satu part, asyik stop je. Sikit-sikit nak discuss. Pastu masing-masing ada idea masing-masing. Lastly, raptai yang sepatutnya berjalan dalam masa setengah jam memakan masa kat 2 jam! Aku dan yang lain-lain memang keletihan dibuatnya. Lepas maghrib baru selesai raptai then makan malam. Pastu siapkan door gifts untuk tetamu-tetamu yang hadir sok hari. 700 beg perlu diisi dengan barang-barang. Penat nya Tuhan je tahu.. 

Jam 10.00 malam barulah dapat pulang ke hotel.. Memang letih nak mampus! Bab bub bab, kul 12.00 juga aku tidur.. Tepat jam 6.00pagi dah bangun. Kena bangun awal sebab kami ada 4 orang share 1 bilik. Kul 7.00 pagi dah kena gerak ke tapak event. Breakfast? Em tak merasa pun..:( Hotel tu serve breakfast kul 7.30am. Ngarut je.. Nasib baik AJK makan ada order makanan untuk semua sekretariat. Tapi makanan kat sana manis-manis. Tak berapa gemar sangat.. huhu

Tepat jam 8.00 pagi, aku tak tahu nape tetiba kepala aku pening.. Aku ingatkan pening-pening biasa je. Makin lama makin sakit! Lama-kelamaan sakit terus berlarutan ke bahagian tengah kepala aku. Dari dahi sampailah belakang tengkuk aku. Tuhan je tahu kesakitan yang aku alami time tu. Aku terpaksa ambil ubat sebab dah terlampau sakit. Thanks to Kak Afaf sebab tolong papah aku gi berehat dan ambilkan ubat untuk aku. Dan akhirnya aku terpaksa melepaskan tugas aku kepada orang lain sebab aku langsung takleh bertugas. Muntah-muntah dengan teruk sampai lembik badan aku. Sedih pun ada sebab tak dapat involve masa event berlangsung.. Mungkin aku tak cukup rehat dan keadaan cuaca yang panas menyebabkan aku diserang penyakit migrain secara tiba-tiba. Walhal pagi tu aku bangun tidur dengan bersemangatnya. 

Tengahari tu Alhamdulillah migrain aku pun surut. Nasib baik Mr. J aku bekalkan ubat sebelum ni untuk aku makan kalau sakit. Berguna juga ubat tu.. Thanks ye sayang.. Em lepas lunch sikit, aku pun bergerak pulang ke Putrajaya. Haa ni satu hal.. Seperti hari bertolak, sama jugak macam hari nak pulang. Ya Allah hai.. Memang rasa nak tercabut dah nyawa nih! Dan ada satu time tu, hampir-hampir nak accident gara-gara driver tu nak mengelak sebuah pajero bomba. Aku elok-elok tengah tidur tersentak tiba-tiba. Dahlah aku masih pening-pening lalat lagi. Takut juga kot migrain datang balik. Takpun muntah-muntah. Dalam hati aku berdoa je sepanjang masa moga-moga aku selamat sampai ke tempat dituju. Dalam masa tak sampai 3 jam, Alhamdulillah kami selamat sampai tapi bila mendengar ada 1 kereta office yang bawa staff accident, tersentap juga aku. Innova office terlanggar Myvi. Teruk jugak Myvi tu kena. Ni si driver dok bawa laju pastu terlelap! Nasib baiklah tak jatuh dalam gaung kereta Myvi tu.. Bahaya betul.. Takde yang tercedera dalam kejadian tu.. Taktahulah nasib si Azhar lepas ni sebab dia yang bawak Innova tu.. Hmm... Tapi aku bersyukur aku tak alami kejadian tak diingini semasa dalam perjalanan.

Kesimpulannya, aku tersangatlah letih pergi outstation kali ni. Nak jalan-jalan pun tak sempat. Just dapat singgah jap beli sotong gula.. So, aku harap kalau ada outstation lagi, takdelah jadi camni lagi. Harap-haraplah driver-driver KKM lebih berhemah dalam pemanduan dorang. Ingat staff KKM ni anak ayam ke apa.. Memandu macam nak membunuh. Sabar jela.. hmm..

Wallahuallam....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...