Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, hari ni umat Islam seluruh dunia menyambut Aidiladha yang mulia.. So, to all my Muslim friends, wish u Happy Aidiladha..:)
Bila dengar takbir bergema, rasa sayu je.. Teringat kenangan bersama-sama yang tersayang terutamanya arwah nenek dan tok ayah yang dah lama pergi.. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Dulu masa kecil-kecil, nenek lah tempat aku bermanja.. Aku sangat disyangi oleh nenek dan atok.. Kata dorang, aku cucu yang membawa rezeki dalam keluarga.. Alhamdulillah syukur... Al-fatihah buat kedua-dua arwah...
Bila tengok kat TV tentang umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji di Kota Makkah, rasa teringin sangat nak pergi sana. Aku benar-benar teringin nak merasakan ketenangan di Tanah Suci Makkah. Merasa menunaikan solat di Masjidilharam.. Walaupun aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana, tapi aku rasa rindu pada tempat tu setiap kali melihat di kaca TV atau mendengar pengalaman-pengalaman orang yang pernah ke sana. Aku teringin nak rasa suasana di sana dan beribadat kepada Allah s.w.t dengan penuh tawadduk. Tapi apakan daya, buat masa ini, aku tak berkemampuan untuk ke sana lagi. InsyaAllah, aku memasang azam mahu mengumpul wang dan berniat menunaikan ibadah umrah atau Haji bersama-sama keluarga tercinta. Aku teringin menjadi tetamu Allah di tempat suci tersebut. Aku harap Allah akan berikan aku kesempatan itu sebelum aku menghembuskan nafas terakhir di dunia ini. InsyaAllah..
Tahun ni aku meraikan Aidiladha di Jaybee.. Tempat tumpah darah bondaku.. Genap setahun kami sekeluarga tak pulang ke Johor.. Sok kami akan menziarahi pusara ahli keluarga bonda yang telah tiada.. InsyaAllah.. Tadi masa on the way ke JB, hujan menemani sepanjang perjalanan kami.. Takleh drive laju-laju. Banyak accident berlaku tapi banyak melibatkan kereta kecil-kecil. Alhamdulillah kami selamat sampai ke JB tanpa sebarang masalah tak diingini.
Sekarang aku dan family stay di MPC.. Sebuah tempat latihan yang menyediakan asrama ala-ala hotel. Selesa jugaklah tempatnya.. Oklah dengan harga yang dikenakan untuk bermalam. Ada TV dan air-cond! haha...
Rasanya takde apa nak cerita sangat. Lagipun penat perjalanan beberapa jam tadi masih belum hilang.. Nak rehat puas-puas sebelum g jalan-jalan area jb ni. huhu..
Sermpena Aidiladha ni, sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha... Semoga kita berusaha memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam.. Segala pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan kerana Allah, akan dibalas dengan kebaikan yang kita sendiri takkan ketahui. Semuanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan kita sebagai manusia perlu redha apa jua kemungkinan yang berlaku dalam kehidupan. Setiap perkara yang kita lakukan pasti akan ada pengorbanan. Baik dalam pekerjaan, tugas harian, keluarga dan perhubungan. Dengan pengorbanan, sesuatu tu akan jadi lebih bernilai dan lebih dihargai. Jadi, jadikanlah pengorbanan demi agama tu lebih penting daripada perkara-perkara lain kerana itu yang akan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah...
So, Salam Aidiladha buat anda semua.. Dan Selamat bercuti... Pada yang pulang ke kampung tu, hati-hati di jalanraya k... Wassalam...:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.