Sunday, November 14, 2010

iDeA + WaJah-wAjAh AkU= CoMbinAtiOn of PhoToS

Assalamualaikum semua.. Emmmm tak tahu nape aku begitu rajin sekarang ni. Bukan rajin wat kerja rumah tapi rajin wat benda lain! hoho.. Ape benda tuh?? Jeng3x...;)

Aiseh... Aku hari ni rajin edit-edit gambar.. Saja nak test skill terpendam yang ada dalam diri aku ni. huhu. Tapi aku tak sangka dengan sekadar menggunakan Microsoft Power Point, aku boleh lakukan macam-macam perkara! Best sangat-sangat. Sebelum ni aku tak tahu sangat.. Yela, nak beli software edit-edit gambar yang mahal-mahal tu mana aku mampu. So, aku guna power point jela.. Aku bukannya fotografer yang profesional. Just suka-suka.. Actually takdelah edit pape sangat pun.. Cuma masa dok belek-belek gambar-gambar aku dalam folder tu, terfikir gak nape aku tak combine kan semua gambar yang aku suka dalam satu gamba. 

Aku pun try lah guna power point untuk combine beberapa gambar then save as menjadi satu gambar. Menarik! huhu.. Bila tengok hasilnya, aku jadi tambah excited untuk wat gambar-gambar yang lain. Yela, sejak berkurun macam-macam gambar aku ambil. Tapi aku tak wat pape pun ngan gambar-gambar tu. So, disebabkan gatal-gatal tangan hari ni, dapatlah aku hasilkan sebuah design untuk beberapa keping gambar diriku sejak mula aku memakai handphone berkamera. huhu..

Entah papelah aku ni kan.. Benda-benda gini pun nak excited. haha.. Tapi takpela, just luangkan masa lapang di hujung-hujung minggu ni. Sok dah masuk kerja balik.. 2 hari saja lagi sebelum aku bercuti semula untuk balik ke Jaybee.. Yes! Cuti! haha.. Pape pon kerja kat office perlu dibereskan dulu. Karang ada yang marah plak. Minggu lagi satu nak ke Pahang pula ada event lagi. Oklah, yang tu kita cerita lain kali ye. Al-maklumlah.. Nama blog pun ceritera.. Macam-macam nak cerita tapi limited untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Ngeh3x...:p

So, untuk tatapan korang semua, aku masukkanlah beberapa combination gambar-gambar kesayangan aku. Kalau tak lawa, tak perlulah kutuk-kutuk, haha.. Aku sedar siapa diri aku.. Cewah! Ok tu saja.. Selamat bekerja untuk hari esok ye.:p


Collection 1

Collection 2

Collection 3

Collection 4

Add-on: 
Collection 1-3 merupakan combination of gambar-gambar aku dari dulu sampai sekarang.. Tapi aku rasa aku paling suka yang ke2 kot.. huhu.
Collection yang ke4 tu gambar-gambar masa nak g beraya. Sambil-sambik tunggu cik abang aku datang, sempatlah dok posing-posing syok sendiri jap. hehe. Tapi aku suka combination ni.:) Ada sorang kawan aku kata, macam gambar-gambar perkahwinan. Sebab aku nampak macam seorang pengantin dok tunggu untuk dinikahkan. huhu.. InsyaAllah, ada jodoh, jadilah aku pengantin satu hari nanti...:) 
Actually ada lagi koleksi yang aku wat tapi tak boleh dikongsi di sini.. Bahaya! hehe.. Maaf lah, yang lain gambar-gambar peribadi. Tak sesuai dikongsi or ditengok oleh kaum Adam yang lain. huhu..
Ok, kalau rasa-rasa korang suka, lehlah try wat. Mesti dah berpuluh gambar korang tangkap penuh dalam pc/laptop.handphone/external hard disk tu.. haha.. Ok papai...:)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...