Sunday, November 14, 2010

mY wEEkEnd

Salam semua.. Selamat Hari Minggu..:) Wah, mesti masing-masing ada program or aktiviti tersendiri. Tambahan pula nak Raya Haji ni kan. Dan yang paling banyak adalah Majlis Kenduri Kahwin. Memang musim orang mengawan sekarang nih! hakhak.. Tapi serius, ramai yang akan mendirikan masjid sekarang ni. Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Erm for sure berebut-rebut orang nak wat majlis kahwin. Tapi bagi aku, kalau nak kahwin, aku lebih prefer elak dibuat dalam waktu cuti sekolah, cuti umum or hari-hari yang memang seluruh rakyat Malaysia bercuti. Sebabnya, nanti akan clash atau overlap dengan beberapa majlis. Jadi ramai tetamu akan terkejar-kejar sana sini untuk memenuhi jemputan. Serius! Aku pernah pergi 3 rumah kahwin dalam 1 hari. Memang tak dapat nak bermesra-mesra dengan rakan-rakan atau family yang hadir bersama. Rasa tak seronok. And kalau jadi pengantin pun, for sure lah nak sanak saudara stay dari awal sampai tamat majlis. Baru meriah!:) Kalau tak nanti, time bersanding ke, kurang dah tetamu yang hadir or dapat tengok.

Aku teringat masa Busu aku kahwin. Masa tu Raya Haji. Jadi tak ramai yang dapat hadir. Tambahan dewan yang digunakan tu agak besar jadi tak nampak crowd sangat. Sebab kebanyakan saudara dan kenalan balik kampung sempena Raya Aidiladha. Jadi kesimpulannya, sesiapa yang nak kahwin, better pilih tarikh yang sesuai dan tak bertindih dengan hari-hari penting yang lain. Cewah! Tetibe je aku nak berceramah pasal kahwin-kahwin ni ye. Huhu.. Takde koje la ni..:p

By da way, semalam aku ada juga menghadiri satu majlis kahwin kat KL area Wangsa Maju. Pengantin tu kawan pejabat mak aku. Tapi semalam kitorang sampai lambat. Gara-gara jalan jem. Biasalah, jalan MRR2 tu. Jalan paling tak senonoh di dunia aku rasa. haha.. Sebab apa, jalan tu tak pernah surut daripada jem! Terutama apabila memalui kawasan Pandan Indah,and area-area Ampang (Teringat plak somebody bila lalu situ). Yela, daripada 3 lane, tiba-tiba jadi 2 lane lepas flyover tu. Memang mangkuk tingkat lah orang yang wat jalan tu. Makan duit haram agaknya. Agak-agak dah siap, tak fikir masa panjang, yang jadi mangsa pengguna jalanraya. Haish.. Ni lah dia manusia.. Ish3x.. 

Eh, apa la aku mengarut ni.. Nak cerita pasal wedding aku pergi semalam sebenarnya. Walau pun kami sampai lambat tapi ramai lagi tetamu dalam majlis tu. Tema wedding nya adalah pink dan purple. Yes, pink! My favorite colour! hehehe.. Aku suka sangat tema wedding ni..  Agak sweet la.. Pelamin dia.. Kek dia.. Nampak macam simple tapi grand jugaklah majlis dia. Macam-macam goodies kitorang dapat. Cuma yang tak best, tak dapat jumpa pengantin sebab dorang g tukar baju untuk potong kek. Kitorang terpaksa bergerak awal sebab kereta aku kena dihantar ke pusat serveis segera sebab pukul 5 dia nak tutup sampai raya Haji. Leceh betullah.. Kalau tak, nak tengok juga gown pengantin tu masa potong kek. Mesti cantik!:) Pape pun, aku ucapkan tahniah lah buat pengantin. Walaupun tak kenal tapi sekurang-kurangnya kita mendoakan yang terbaik untuk mereka..
Sweet!:)

After that kami pun bergerak pulang dengan segera untuk kejar bengkel kereta Proton tu sebab dah nak tutup. On the way tu, ayah aku call dulu tempat tu, tapi hampeh.. Dia kata dah tak terima kereta dah. Siot betul.. Kalau tahu awal-awal leh stay jap nak tengok pengantin.. huhu. Ni lah dia orang Melayu. Suka menolak rezeki. Belum pukul 5 pun masa tu. Ada setengah jam lagi. Nasib baik ayah aku teringat ada 1 bengkel kat Presint 16. So, kitorang pun pergi servis kat sana. Eh, nape aku sibuk-sibuk cerita pasal servis kereta ni?? Hehe.. Saja je.. Sebenarnya kereta tu dah 25 ribu km dan perlu diservis. Lagipun kitorang nak balik Johor Raya Haji nanti. InsyaAllah.. So, perlu lah persediaan rapi before jalan jauh. Dah lama tak balik Johor. Rindu suasana kat Johor. Nanti nak jalan puas-puas. Huhu.. So, kereta perlu diservis bagi mengelakkan kereta tu wat hal di tengah jalan. So far, Mr. Grey aku tak pernah wat hal lagi. InsyaAllah... Cayang Mr. Grey! hehehe..
Mr. Grey aku sedang diservis... huhu

So, aktiviti hari ini... Tidur sepanjang hari! haha.. Takdelah.. Gila nak tidur 24 jam?? Boleh pecah kepala dibuatnya. Kalau tak, takdenya aku dok menulis blog ni. Lauk tengahari dah masak.. Zohor pun dah masuk. So, boleh solat and prepare tempat makan untuk lunch. Angah aku dah start cuti seminggu. Meriah sikit rumah ni. Ciko, seperti biasa suka menyempit tiap kali aku on Mr. Lappy aku ni. Memang kucing yang sangat pelik! Suka tempat yang panas-panas.. Kadan-kadang dia tidur kat sebelah Miss Japsterina. Bercinta agaknya dorang ni. Hehehe..
See... Ciko memang bercinta dengan Japsterina! haha..:p

Em oklah, nanti aku sambung lagi. For my friends, Selamat Berhujung Minggu. Dan tak lupa wat Mr. J aku yang jauh kat Penang tu, jangan sedih-sedih k. InsyaAllah ayah awak akan sihat seperti sediakala.. Saya akan doakan k..:)

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...