Assalamualaikum semua.. Apa khabar..? Hopefully anda semua sihat-sihat belaka. Wah, dah macam ayat dalam surat pula ye. huhu
Em Alhamdulillah semalam tarikh 11.11.10, segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya. Walaupun terpaksa bertarung melawan demam and sakit tekak aku sebelum tu! haha.. Nape pulak ni? huhu.. Panjang ceritanya..:)
1st of all, semalam aku menjalani interview untuk jawatan tetap. Syukur Alhamdulillah aku dapat laluinya dengan tenang dan happy! Serius masa nak keluar daripada bilik interview tu, aku rasa nak menangis.. Menangis bukan sebab sedih atau frust tapi happy sangat-sangat sebab sesi interview kali ni sangat best! Penemuduga tu sangat sporting. Kedua-duanya lelaki.. Tapi yang banyak bertanya, orang SPA tu. Mungkin pangkat Dato' kot. Aku tak rasa aku dok dalam interview. Macam borak-borak je ngan dia. Dia lebih banyak tanya pendapat aku tentang suasana kerja kerajaan. Sampai kitorang bertiga asyik gelak-gelak je dalam bilik tu. Daripada saat aku melangkah masuk bilik tu, aku betul-betul nervous tapi terus hilang dah nervous tu. Mungkin ni semua berkat doa dari semua orang.. Terutamanya ayahbonda aku.. Ibu aku bagi macam-macam petua sebelum interview. Mungkin keberkatan daripada Ilahi, aku dapat penemuduga yang tak banyak songeh dan aku pun dapat tenang semasa sesi temuduga. Takdelah macam sebelum ni.. Siap kena ceramah berderet lagi. huhu.. Pape pun, syukur sangat-sangat.. Dan yang paling penting aku perlu terus berdoa agar kegembiraan aku masa interview berterusan apabila mendengar keputusannya nanti. InsyaAllah.... Doakan aku ya kawan-kawan..:)
2nd, tarikh semalam juga tarikh best sebab Birthday my boy.. Lepas interview tu, kami pergi keluar lunch sama-sama. Pergi la tempat best sikit kan konon-konon nak celebrate. Aku belanja dia makan and bagi dia presents. Alhamdulillah dia suka dengan hadiah yang aku bagi. Aku harap dia jaga lah hadiah tu sampai bila-bila. Aku tanya dia, apa azam dia bila dah meningkat setahun lagi umur. Dia taknak bagitahu.. Biarlah rahsia katanya.. haha.. But i know, dia tengah pasang azam pada tahun depan 11.11.11, dia nak kahwin kot. haha.. Wallahualam.. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau dah ditakdirkan dia jodoh aku, aku terima seadanya.. Yang penting aku perlu berusaha untuk masalah "hati" aku ini. Nape lah aku jadi macam ni ek..? Masih 50-50.. Haish... Susah betul.. Takpelah, macam apa dia pesan, yang penting usaha.. Soal jodoh semua tu, kerja Tuhan...
Em okla, takde apa nak tulis sangat. Tengah kerja sebenarnya ni. haha.. Kantoi.. Takdela.. Bos-bos semua takde. Kebanyakan kerja kena tunggu dorang ada. Ok guys, c u in next entry... Papai...:)
saya suka!!:D
ReplyDelete