Adusss... Penatnya hari ni.. Semalam baru balik dari Kuantan terus ajar tarian kat office. Hari ni nasib baik budak-budak tarian dah boleh hafal step, bolehlah dorang praktice sendiri. Kalau tak, semput aku dibuatnya. Gara-gara mikrofon takde. Terpaksa menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang ni. haha.. Suara i merdu tau! Gituuu....;) Jom karok! haha...:p
Em bercerita tentang semalam, walaupun outstation aku ke Kuantan tak berapa best tapi Alhamdulillah operation mata ibuku berjaya dilakukan. Operation tu sekejap je. Cuma nak menunggu giliran tu yang lama. Hospital kerajaan kan.. Biasalah.. Nak gi swasta, family aku tak mampu. Mesti kena charge beribu-ribu kot. Yang ni just bayar harga kanta yang dimasukkan dalam mata ibuku sahaja. Yang lain free.. So, ibuku dah boleh melihat dengan lebih jelas. Cuma masih perlukan rehat secukupnya sehingga sebulan lebih bagi memastikan kanta tu betul-betul stabil dalam mata ibuku.
Em actually internet agak slow malam ni. Menyakitkan hati betul. Walhal tiap bulan aku bayar. Hmm.. Sabar jela.. Aku ingat nak try upload gambar-gambar berkaitan aktiviti ku di Kuantan, Pahang. Termasuk gambar Innova yang accident semalam. Kebetulan ada officemate gi ambil gambar selepas kejadian tu. Teruk jugalah. Kak Asnida dan Kak Azimah mesti trauma ngan kejadian tu. Nasib baik dorang tak pape cuma mesti terkejut dan sakit-sakit badan. Tapi tadi Kak Azimah sempat datang training tarian sekejap. Bagus-bagus.. Semangat tu penting. Tapi hopefully dia oklah sebab dia kata kaki dia bengkak sikit. Kesan kemalangan tu. Pape pun steady bebeh!! huhu..
So now, bolehlah korang nak tengok gambar-gambar yang aku berjaya upload. Termasuk gambar tragedi kemalangan yang berlaku semasa pulang tapi bukan melibatkan kenderaan yang aku naiki. Sesiapa yang ada tengok berita kat TV semalam mungkin tahu event yang telah dijalankan sebab majlis ni melibatkan launching oleh YB Menteri Kesihatan dan juga YB Menteri Pertanian. Aku selalu tertukar nama Menteri Pertanian Noh Omar dengan Noh Gadut! haha.. Noh Gadut tu Mufti Johor. Suka-suka hati aku je ek. huhu.. Biasalah tersyasyul-syasyul...:p Jom kita tengok gambar plak.. Walaupun tak banyak, tapi melibatkan perkara-perkara penting sepanjang aku di sana. Cuma semasa perasmian je aku takde sebab diserang migrain dan terpaksa berehat di surau pejabat LKIM. Sedey........:( Takpelah, aku sempat rakamkan beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan..:)
Ni lah kereta yang bawa aku dan 2 orang staf tu. Laju macam pelesit. Waja je kot!:p
Pemandangan indah dari tepi jeti LKIM yang sempat aku rakamkan pada pagi hari sebelum aku diserang migrain
Suasana sebelum rehersal; taklimat oleh Pn. Syarmilla selaku Event Manager
Bergambar kenangan selepas pulih sedikit daripada migrain~sempat jugak posing! haha..(Tapi aku rasa aku macam gemok sket. Yeke?) huhu
Decoration pentas sebelum acara bermula...
Inilah keadaan Myvi dan juga Innova yang terlibat dengan accident petang semalam area Lanchang kalau tak silap. Nasib baik tak terhumban dalam gaung sebab kawasan tu adalah jambatan.. Nauzubillah..
Dah tengok?? hehe.. Hanya tu sahajalah yang dapat aku share kan di sini.. Gambar-gambar lain banyak dalam kamera orang lain. Aku sendiri pun tak sempat nak bergambar banyak-banyak sebab dah keletihan dan terlupa nak ambil gambar banyak-banyak. huhu.. Gambar kat hotel pun takde sebab tak sempat. Tak best langsung.:(
Okla jumpa di entri lain k.. Selamat membaca..:) Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.