Monday, November 22, 2010

mALam beFore berTolaK ke KuaNtaN

Huaarrrgghhh...!! Ngantuknyer...@_@ Oopps! Tak sopan tul aku ni. Hehehe.. Menguap plak kat sini.. Tapi aku memang tengah mengantuk.. Ditambah dengan keletihan dan kekenyangan!

Petang tadi lepas office hour terus gi mengajar tarian. Sejam setengah! Fuh, memang penat. Mengah di watnya.. haha..Kira pancit jugaklah tapi masih leh cover lagi.:) hehehe..

Em malam ni kena packing barang untuk gi Pahang. Hmm.. Serius takde kekuatan untuk memulakan proses mempacking barang. huhu. Tapi layan blog boleh pulak?? :p 

Em macam manalah event kat Kuantan nanti.. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. AJK lain semua dah bertolak ke sana hari ni. Tinggal aku dan beberapa orang je lagi yang akan bertolak sok hari. Nasib baik ada transport disediakan. Kalau tak takde kerja aku nak kena drive. Lagipun kereta aku pun tak available untuk kegunaanku. Biarlah ayah guna bawa ibu gi hospital sok. 

Actually dah lama aku tak keluar outstation sebab kerja. Kat setahun jugaklah kot. Last meeting kat luar pun kat Seremban tahun lepas dalam bulan 10 rasanya. Erm tak sedar pun dah nak penghujung tahun 2011. Cepat masa berlalu. Tahun depan umurku meningkat ke angka 25.. Uish, macam tak percaya jek. Walhal rasa diri ini masih kebudak-budakan je lagi. Ahakss! Perasan!;P hehe.. 


Tapi yela, angka umur tak melambangkan kematangan seseorang. Kadang-kadang ade orang umur dah mencecah separuh abad tapi masih wat perangai tak senonoh. Tapi dari segi biologi, lelaki lambat matang berbanding perempuan. Kebiasaannya dorang matang bila mencecah angka 25. And ada juga yang umur 30 baru betul-betul matang dan boleh wat keputusan dengan tepat. Bagi perempuan, rata-rata matang ketika berusia dalam 23 tahun. Pape pun semuanya bergantung kepada individu tu sendiri. Kadang-kadang ada juga lelaki or perempuan yang terlebih matang pada usia lebih muda. Dah macam bapak or mak orang pun ada. Huhu.. Tapi selalunya depends on pengalaman hidup, taraf sosial, pergaulan dan sebagainya. Kalau salah bawa or tersalah pilih jalan, seseorang tu boleh terjerumus ke dalam sesuatu benda tak elok walaupun sudah berusia lebih tua. So, yang tua patut tunjukkan contoh yang baik kepada yang muda dan yang muda kenalah belajar berfikir secara rasional bukan ikut perasaan.~~ Nasihat yang sangat baik untuk diriku juga. Hehehe...:)

Huarrgghh... Menguap lagi.. Sah, memang mata ni perlu dilelapkan. Tapi kena pack barang dulu untuk sok. Excited juga nak pergi sana. Yela, dah lama tak berjalan jauh, i mean bekerja sambil bercuti. Salah satu sifat aku yang aku ketahui, aku seseorang yang perlu waktu untuk bersantai setiap 3-4 bulan. Kena gi bercuti ke mana-mana tempat untuk tenangkan fikiran. Itulah terapi untuk aku setelah penat mengerah tenaga dan kepala hotak fikiran di tempat kerja dan sebagainya... Patutlah aku suka sangat ke tempat jauh-jauh. Memang aku minat sangat melancong. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku nak kumpul duit banyak-banyak nak gi melancong. Tapi destinasi idaman aku yang paling utama adalah Beijing, China. Teringin nak tengok kehebatan Great Wall of China. Seronoknya kalau dapat gi...! Last aku bercuti pun ke Pulau Langkawi bersama sahabat aku Hasni. Bulan febuari kalau tak silap. Tapi percutian tu berlaku kenangan pahit yang tak best. Ingat dapatlah bersua muka dengan seseorang yang sangat aku sayangi tapi last-last aku pulang dengan penuh kehampaan. Sekadar menyimpan kenangan manis bersama Hasni kat sana..

Em okla, aku perlu simpan tenaga sonik untuk sok hari. Nasib baik dapat gi Pahang. Dapat lari jap daripada kesibukan kerja kat office. Latihan tarian pun ada trainer lain leh jadi pengganti. Alhamdulillah.. So, doakan aku selamat sampai dan selamat pulang dari Kuantan ye. Ole-ole hanya untuk orang tertentu je. hehe.. Tak sabar nak melihat keindahan pantai di Teluk Cempedak. Seronoknya!! huhu.. Ok papai...:)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...