Assalamualaikum semua..=) Selamat berhujung minggu. huhu.
Oklah nak update entri baru tentang aktiviti aku yang berkaitan dengan kerjaya aku as a Food Technologist. On 9th April 2011, aku bersama beberapa orang officemate aku telah sertai World Halal Research Forum di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Actually ada lebih kurang 10 orang kot yang join. Tapi aku, Syahnaz dan Liyana bergerak sama-sama menaiki tren seawal 8.00 pagi menuju ke KLCC. Dah lama tak naik tren, excited sikit. huhu. (Tapi sebenarnya happy dapat jalan-jalan setelah berbulan habiskan masa dalam office je) hehe..
Actually World Halal Forum ni every year dorang anjurkan. Siapa penganjurnya? Halal Development Corporation Centre (HDC) plus kerjasama JAKIM. Tapi organizer dia more by HDC. Ni first time aku join sebab tahun lepas aku tak dapat pergi.
So, dalam forum ni kitorang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Researcher-Researcher dari pelbagai background. Agak menarik walaupun ada juga penceramah yang membosankan (topik tiada kaitan dengan tajuk). Mostly topik yang dibentangkan lebih kepada "Halal Innovation". Malaysia ni nak jadi hub Halal dari segi pengeluaran makanan, kosmetik, pakaian dan sebagainya. So, HDC propose nak buat satu agensi yang menguruskan Program Inovasi untuk Halal. Kebanyakan tajuk kurang berkaitan dengan skop Food Technologist. Jadi, kitorang pun terpaksalah mendengar semua presentation.
Yang best, makanan yang disediakan! hehe.. Ni la first time aku makan Dim Sum.. huhu. Sedap!=) (Sorryla kalau aku ni ketinggalan zaman sikit) ;p Menu yang dihidangkan untuk breakfast dan lunch semuanya under category makanan sihat. Good! Kurang gula, lemak dan garam. Rasa natural je. huhu. This is very important! Korang tahu tak negara Malaysia adalah negara KEENAM obesiti dalam dunia!! Kalah Jepun ok! So, rakyat Malaysia sememangnya kuat makan! huhu. Please follow food pyramid and amalkan gaya hidup yang sihat ok.:)
Actually event ni untuk Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung dari 6-9 April 2011. Ada pembukaan gerai-gerai produk Halal dari pelbagai negara, pameran, forum dan sebagainya. Hari ni pun dah last day. Sorrylah lambat promote. huhu. Tapi next year ada lagi. 4-7 April 2012. Tak tahu aku dapat join lagi ke tak. huhu.
Okla, just want to share several pictures yang kitorang ambil semasa event ni.. Papai..
Inilah ragam kami sepanjang join event ni. huhu..
Cik Mesya : Pakwe aku selalu pesan, semua benda boleh berubah kecuali hati. Makanan dari sumber yang syubhah/tidak halal, menjadikan hati manusia hitam dan sesungguhnya semakin sukar manusia itu mahu berubah menjadi baik apabila hati sudah menjadi hitam.. Hanya kerana MAKANAN..:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.