Sunday, April 24, 2011

Belajar mekap dengan Farina Basnee Studio Mediakreatif

Salam semua..:) Tengah watpe tu? hehe.. Di hujung-hujung minggu ni mesti korang banyak aktiviti kan? Especially untuk bersantai-santai bersama family dan orang tersayang. Aku pula hujung minggu sekarang ni dah tak macam hujung minggu dah. huhu. Cuti tak cuti sama je.:p Sebab apa? Sebabnya aku dah mula aktif join macam-macam event untuk modelling. Untuk sepanjang bulan Mei je, dah ada event setiap minggu. Tapi aku tetap reserve sama ada saturday or sunday mesti diluangkan untuk bersama-sama family kecuali kalau memang ada event urgent yang tak dapat dielakkan.

So semalam aku join satu program yang best! Program ni aku hadir sebab aku menang contest dalam facebook anjuran Studio Mediakreatif iaitu Peraduan  "I LIKE STUDIO MEDIAKREATIF". So pemenang dapat menghadiri Kelas Asas Solekan Percuma by Studio Mediakreatif. Memang best sangat-sangat bengkel ni sebab banyak benda tentang solekan yang selama ni aku tak tahu dah tahu. huhu. Dulu masa aku masih study di UKM dan aktif dengan kebudayaan memang belajar la juga mekap-mekap ni cuma bukan secara formal. But today, aku belajar dari asas cara yang betul untuk mekap. Info yang aku dapat sangat berguna especially sekarang aku pun dah aktif join modelling. Memang memerlukan teknik mekap yang betul supaya wajah tak jadi pelik dalam gambar yang dihasilkan nanti. Thanks to Kak Farina Basnee yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan dalam dunia solekan. Memang hasil solekan beliau sangat cantik. 

Jadi, dah nama pun bengkel, so peserta pun kena lah juga menconteng-conteng muka sendiri untuk praktis. huhu. Mula-mula tu rasa janggal juga sebab dah lama tak mekap depan orang ramai. hehe. Plus peralatan yang tak cukup. Angkut je apa yang ada.:p Habis je kelas masing-masing berubah wajah. huhu.

Lepas dah habis bengkel tu aku pun jejalan dengan Mr. J aku. Apa lagi, gi makanlah! hehe.. Lepas tu aku buatlah photoshoot lite-lite hasil mekap aku sendiri. hehe.. Tak tahulah cantik ke tak tapi mostly kata ok je. Cuma kurang seni sikit kot. huhu.. Pape pun korang tengoklah gambar-gambar mini photoshoot aku by Mr. J kesayangan aku. =)
















Peserta-peserta Kelas Mekap wit Kak Farina..(3 dari kanan) Nice to meet you all yang sangat happening!=)


Sebagai promotion, Kak Farina ni memang aktif mekapkan orang tak kira apa-apa majlis pun. Kalau korang nak gunakan perkhidmatan dorang, leh try tengok website Studio Mediakreatif kat SINI. Husband dia, Abg Madi buat photography. Kira syarikat ni dorang punyala..:)






Cik Misya : Tips; kalau nak bibir nampak seksi ala-ala Angelina Jolie, letak lipgloss kat bahagian tengah bibir atas dan bawah je. Thanks Kak Farina.=)

2 comments:

  1. heee~
    betul2.best kan dapat belajar make up free dari sifoo kak farina.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...