Wednesday, November 6, 2013

Seafood Muara Sungai Duyung, Melaka terbaekkkkkkkkkk!!!!

Salam.. Hampir menjelang lunch hour terasa lapar sudah perutku ini. Suddenly teringat ketam masak cili yang pernah saya makan di suatu tempat di Melaka. MasyaAllahhhh sedap bangat seyhhhh..!! Serius saya dan hubby nak datang lagi tempat tu. Kat mana tu? Ahha.... Pernah dengar Muara Sungai Duyung, Melaka? Rasa ramai kot pernah dengar but usually kalau di Melaka, tempat terkenal dengan seafood nya adalah di Umbai. But this one also special place to get fresh and marvellous seafoods! Yummy!!


Udang yang sangat fresh! Goreng salut tepung.. Puas ler meratah udang nih!


Antara board yang terpampang di tempat ini. Yang paling best pekerja-pekerja nya sangat efisien. Habis je pelanggan makan, terus dorang kemas sebersih-bersihnya! Sampai macam nak tutup kedai dah. Salute la! But if ada uniform plus berpenutup kepala lebih baik. Mana enforcement nih? Ahaks... [Mentang-mentang kerja kat Food Safety Division.;p]


Sayur campur.. Mestilah kena. Baru seimbang our diet that day.

Happy giler my hubby dapat menikmati seafood kat sini. Memang terbaekkk!! Actually kami dibelanja oleh bos hubby yang kebetulan sama-sama ke Melaka sebab nak attend wedding officemate hubby.

Ikan kerapu masak 3 rasa. Perghh sedap giler! Selain ikan ni, ada juga ikan pari tapi sebab saya tak makan ikan pari maka tak snap gambo ikan pari bakar tu.. Huhu..


Pelengkap selera...  Penghilang dahaga.. Air kelapa segar...

Sotong goreng tepung.. Syok betul sebab sotongnya sangat empuk! Saya yang memakai braces ni dapat ler merasa sotong goreng ni sebab tak liat. hehehe..

Oh yeahhh........ The best part of our menu that night was Ketam Masak Cili!! Bravo!! Perghhhhhhhh memang teringat-ingat sampai sekarang rasanya. Pedas tapi sodappp...!!!

Nak lagiiiiiiii...................... Huuuu.. InsyaAllah nanti nak gi lagi ngan hubby. Mahu melantak ketam cili sepuas-puasnya. hehe.... 

Actually 2 tahun lepas saya dah datang ke tempat ni. Kebetulan outstation kerja kat Melaka. But masa tu rasa dia tak sehebat yang ini. Light-light sahaja rasanya. But kali ni memang marvellous! So sape-sape yang mencari tempat untuk menikmati seafood terbaik ni bolehlah ke Muara Sungai Duyung ni. Kalau siang-siang memang cantik pemandangannya sebab terletak di hujung sungai terus nampak laut.. Best!


Misya : Sejak kahwin selera makan bertambah-tambah.

3 comments:

  1. masakan di muara sungai duyung memang terbaik...

    ReplyDelete
  2. yessszzzz ----- klu ke Melaka mesti terjah ke sini

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok makanan-makanan tu.. Serius.. Terutama ketam dan udang.. First time dengar tentang muara sungai duyung.. Dulu sempat duduk setahun je kat Melaka..Itu pun bukan di bandar Melaka.. Hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...