Tuesday, November 12, 2013

Part 1 : Honeymoon di Korea [Incheon Airport || Namsan]

Salam semua.. Good morning!!! Huhu terasa segar pagi ni sebab sampai awal kat office. Hehe. Kedinginan pepagi ni mengingatkan saya untuk update entry bout pemergian saya honeymoon di Korea with my hubby awal Oktober yang lalu. Sejuk sampai ke tulang rasanya. Oh i really miss that place!!! Jom zoom.........!

Pepagi buta dah sampai kat LCCT.. Excited mahu bercuti! Yahooooo!!!!

In flight... 

Inilah makanan kami.. Uish 6 jam dalam flight kalau tak order makanan siap-siap memang silap la. Lapar giler. Memang sodap nasi lemak Pak Nasser nih. Huhu..

Now nak story day 1st saya dan hubby di bandar Seoul Korea.. Flight kami berlepas awal pagi jam 8 camtu (lupa la plakss) dari LCCT. Actually saya dah booking tiket flight ni one year before tarikh fly! Kira before kami kahwin dah siap-siap plan memang nak honeymoon ke sana sebab tertarik dengan story my officemate yang juga pernah honeymoon di sana. Before gi makesure study betul-betul tau perjalanan dan aktiviti kat sana!;)


Dari kejauhan sudah kelihatan Incheon International Airport.. Ya Allah bestnya!!! 

Landing time....!!! Wah ada flight ke Jeju Island... But kali ni kami tak ke Jeju Island. Just bercuti di Seoul sahaja. InsyaAllah one day nak pi juga Jeju Island..


Alhamdulillah we are safely arrived at Korea....:) Ya Allah seronoknya impian saya untuk berbulan madu di Korea menjadi kenyataan!!!

Di tempat-tempat begini, setiap kali ada escalator pasti ada benda alah ni. Bagi alert tentang safety semasa menggunakan escalator. Bagus tau. Orang Korea ni berjalan agak laju, so kena makesure kita tak halang laluan orang.

Then kami perlu naik tren untuk ke terminal lagi satu before dapatkan our luggage..:)

Hehe macamlah kat KL takde tren ya? ;)

Otw nak ambil our luggage.

Yuhuu.... Akhirnya setelah 6 jam berada dalam perut flight Air Asia X, dapat juga kami menjejakkan kaki di bandar Seoul, Korea Selatan ni. Subhanallah best sesangat sebab udaranya sangat nyaman dan menyegarkan! Sejuk tapi masih boleh tahan walaupun pakai baju nipis. Musim luruh masa ni. Cuacanya ala-ala di Cameron Highland gitewww...

Excited sungguh kami sampai spend time almost 1 hour kat Incheon International Airport ni. Jakun la katakan.. Ahaks... Tapi suasana kat airport ni memang best! 

Masa kami sampai ada stage menarik kat airport tu. Taktahu ada show apa sebab kami tak tunggu pun. Maybe promosi melawat Korea agaknya.

Ok apa benda ni? Haa inilah dipanggil T-Money. Ada berlambak dijual di 7-Eleven kat Korea ni. Penting T-Money ni sebab ia berguna untuk naik tren dalam bandar Seoul. Tapi tak valid untuk naik teksi/bas. Kira macam kad touch and go kalau di Malaysia. Beli kad ni then topup duit dalam 30000 won (RM80.00- rate semasa). 


Kad ni kalau boleh jangan simpan dekat-dekat dengan handphone sebab saya mengalami peristiwa cip dalam dia jadi rosak terus stuck masa nak naik tren. Adoi.. Huhu.. Dengan 30000 won, cukup untuk 5 hari kami di sana.:)

Nak ke tempat kami menginap.. So my hubby pun belikan tiket bas ke area Namsan, bandar Seoul.

Ok ini tiket bas dari Airport ke bandar Seoul tempat kami menginap. Harga 10000 won (RM30). Sangat murah berbanding naik teksi yang cajnya RM100 lebih. Bas nya pun sangat selesa. 

Kami akan stay di area Namsan, jadi bas yang perlu dinaiki adalah bas bernombor 6015.. Bus stop yang terakhir kami kena turun. (Area Sejong Hotel)

Tempat menunggu bas sangatlah selesa dan teratur. Orang-orang di sini oklah agak displin tapi takleh lawan kedisplinan orang-orang di Hongkong. huhu.

Ada pakcik-pakcik yang sangat rajin membantu para penumpang - masukkan bagasi dalam bonet bas. Hebatnya pakcik-pakcik ni! Dah tua tapi masih rajin bekerja. 



Suasana di Incheon Airport.. Besar juga Airport nya tapi sebesar KLIA..

Hehe saja duduk lain-lain tempat sebab masing-masing nak snap foto apa saja kami nampak otw ke Namsan! haha jakun...

Hasil tangkapan hubby saya. Tak tahulah apa benda alah ni.. Berada di luar airport..

Sepatah haram pun tak faham tulisan nya! Hehehe....

T-Shirt I Love Seoul.. Boleh dibeli kalau mahu. Kena tanya driver bus camne nak beli. Huhu.

Dari kejauhan kelihatan bandar Seoul yang sangat sibuk. Banyak sungguh jambatan-jambatan yang merentasi sungai. Bila malam-malam ada lampu yang santik menghiasi jambatan-jambatan ni.






Di negara 4 musim sebegini, waktu malam tiba lebih cepat. Jam 4-5 petang dah mula gelap. Nasib baik kami ambil flight pagi, sampai petang, just nice untuk melihat pemandangan di bandar Seoul dan mencari tempat penginapan yang kami dah book awal-awal.

Alhamdulillah, 5 minit berjalan dari bus stop, sampai juga kami di Namsan Guest House 2. Actually ada 4 Namsan Guest House. So, kami dapat yang No. 2. Thanks so much to Ameer, my officemate yang menunjukkan tempat menginap ni. Sangat mudah nak cari. If anda nak booking boleh klik www.namsanguesthouse.com

Urusan check-in... Kami ambil bilik berharga 60000 won (RM178.00/malam). If backpackers seperti kami ni, guest house adalah paling sesuai untuk menginap. Ala-ala hotel bajet tapi sangat-sangat selesa tak macam hotel bajet kat Malaysia. Huhu. 



Inilah bilik kami! Wah memang macam berada di Jepun.. Tidur atas lantai. hehe. Tapi yang bestnya, lantai seluruh guest house ni menggunakan teknologi indol- heating system. Jadi bila cuaca sejuk, tak terasa sangat. Nyaman je rasa.. Kalau panas, aircond pun ada..:)

Ada TV & Hair Dryer... 

Siap ada bath tub lagi tuh! Hehe... Apa yang bestnya di sini, suasana seperti di rumah. If nak breakfast, roti dan jem disediakan. Hot water sentiasa ada. Nak basuh baju, washing machine pun ada. Huhu.. Kira convenient dan sangat selesa.:)



Ok next, apa aktiviti kami? Sila ke Part #2 ya! Macam-macam lagi yang saya akan kongsikan sepanjang 5 hari 4 malam berada di Seoul, Korea..=)



Misya : Bercuti ke negara sejuk baru berbaloi sebab Malaysia kan panas...


12 comments:

  1. besnyer,, xde la mhal sgt klu nak g korea kan..kna mnyimpan awal2 nie..

    ReplyDelete
  2. @timm_bill Betul.. total kami spend termasuk tiket flight pun dalam RM4000 camtu..

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat kesana.
    hotel bajet diorg mmg nampk lain dr hotel bajet malaysia,
    hehe..

    ReplyDelete
  4. @Shark Kay Betul.. Sangat selesa walaupun guest house.:)

    ReplyDelete
  5. salam ,,akaq ,,sangat menarik blog n jalan cerite nh ,,arr kite pn nk p sane jgk ,,bole lah follow journey akaq nh ,,best sgt ,,cume InsyaAllah nak kene tambah budget p jeju ,,kite minat jeju,,

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum... Boleh minta itinerary ke seoul x? Nk buat panduan. Namsan GH tu mahal x? Emel saya. Zackabdsamad@gmail.com

    ReplyDelete
  7. bagusnye snap stiap pkare..senang nk buat rujukan smule kn.

    ReplyDelete
  8. @Zack Abd Samad Saya ke sana sbg backpackers so takde intenery yg formal. Namsan tu kena tengok website rate dia.:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...