Monday, October 7, 2013

Teaser : Persandingan Misya & Japster [Kenangan Terindah...]

Salam semua.. Erm sebelum-sebelum ni saya dah update about majlis pernikahan saya dalam entri INI. Dah nikah, pasti ada majlis resepsi rite atau pun dipanggil majlis persandingan. Ya Allah hai.. Inilah majlis yang buat saya rasa seperti di awang-awangan! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. If ada slack sikit-sikit tu normal la kan.. Tapi memang saya rasa happy sangat-sangat sampai sekarang pun saya rasa rindu nak bersanding lagi! Ahaksss... Jom usha-usha koleksi gambar tak rasmi majlis sanding saya..^_^

Bertemakan putih dan ocean blue, tak sangka saya ni tak pernah sukakan warna biru tapi bila wedding, memlilih warna biru plak! Huhu takdir... Busana by Andaman23, special designed by me!=) So, ni baju baru.. If nak sewa pun boleh..:) Go to Andaman23 di Seksyen 23 Shah Alam.. Make-up by Cha Misha juga dari Andaman23. Sangat puas hati dengan hasil kerja mereka.. Mana yang terkurang tu, erm its oklah sebab banyak sudah tercover. hehe.. ;) 

 
Saat melangkah ke dalam Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.. Feeling time ni, Tuhan je tahu! Nervous sebab takut tersalah langkah kelepap jatuh! Hehe nasib baik ok je. Macam wat fashion show giteww.. Happy & excited sebab nampak wajah-wajah tetamu yang hadir. Rasa nak menangis je bila nampak kawan-kawan dan saudara-mara yang hadir. Kalau boleh nak lompat je rasa! Haha.. Sedih sebab perlu meninggalkan zaman bujang yang penuh warna-warni.. Kena dengar cakap suami lepas ni. Huuu... Tapi bila dicampur semuanya, rasa bahagia sangat-sangat.. Syukur semuanya berjalan dengan lancar..T_T 

Pelamin ilham dari Andaman23.. Ya Allah tak sangka pelamin terindah idaman kalbu tersergam indah di atas pentas di hadapan mata! Thanks so much wat team Andaman23 atas decoration yang sangat superb.. Alhamdulillah ramai puji pelamin ni sangat cantik dan indah. Bertemakan burung swan, lambang penyatuan cinta 2 insan biasa.. Inspirasi daripada semangat pasukan angsa laut Elken..;) Putih lambang kesucian cinta kami.. Cewah! Bunga sakura menggambarkan suasana romantis dan kasih sayang yang akan terus mekar abadi... Ala-ala di jepun gitew...;)

Bersanding jua kami... Thank you so much buat pengapit-pengapit kami.. Ryan dan Awin.. Dorang sangat sporting! =) Lepas ni masing-masing plak kot bertemu jodoh... Sape tahu?;))

With my beloved parent & siblings! Ayahku hensem, ibuku gorgeous lagi menawan, angahku comel dan adikku macho.. Happy nya rasa masa ni.. Macam-macam kami lalui untuk buat persiapan.. Almaklumlah tak pernah lagi buat kerja kahwin dalam family. huhu.. Doakan anakanda berbahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah family tetap di hati walaupun sudah bersuami..+_+

My superb family! Seronoknya masa ni! All my uncles and aunties plus sepupu-sepapat (walaupun tak semua dapat hadir) bila berkumpul, meriah sangat-sangat. Jasa mereka mencurahkan tenaga dan idea untuk prepare wedding ni buat saya rasa sangat terharu... Sampai ada yang tak tidur semalaman pun ada! Tak tahu camne nak balas budi mereka.. Terima kasih banyak-banyak buat semua... I love all of you....!^__^

Special from Jaybee... Kak Yon, Abg Nazli and budak techik tu! hehe... Dari jauh datang, bertungkus-lumus membantu bersama-sama family di sini. Sebelum ni saya pernah jadi pengapit dorang, terkena tempias agaknya.. [Cerita penuh di SINI] Hehe.. Tak rugi ambik berkat jadi pengapit. Ahaksss...

Special photo dari bakal adik ipar, Namirah.. Sporting betul dia. Siap bantu lipat bekas telur lagi! Thanks dear..
Upacara memotong kek...Sweet sangat deco cake ni...^^ Thanks to Ibun Katerer from Gombak..

With ayah angkat dari Nilai, N9.. Terharu apak sudi datang dengan wife n anaknya.. Ayah angkat yang sangat sporting!=) 


Alhamdulillah ramai yang hadir... Penuh setiap kerusi dan meja. Terima kasih buat anda semua yang sudi hadir.. Maaf jika ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung...:)


Peewiiitt... Mak pengantin dengan my cousin from JB!=)

Warga family sebelah bondaku.. From JB & Manjung, Perak. Sangat merindui mereka! Kehadiran dorang sangat dihargai. Penat datang dari jauh tak menghalang untuk sama-sama wat persiapan...

Ahha i loike this photo! Credit to Cikda... TQ yunk! =) Siap ada gambar saya karaoke tuh! Haha.. Nasib takde bunyi gambar ni. Suara agak sumbang untuk disumbangkan ketika itu.. Hahaha.. ;D


Inilah photo-photo unofficial majlis persandingan saya.. Insyallah bila official album dah siap, saya akan upload gambar nya nanti. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat family tercinta, rakan-rakan, jiran-jiran, sanak-saudara dan semua yang terlibat menjayakan hari bahagia saya dan hubby. Serta buat family mertua yang sungguh sporting ramai-ramai hadir memeriahkan majlis kami. Sebak rasa.. Alhamdulillah.. Moga kehadiran Syira dalam family Abang, sentiasa diterima baik dan kita sama-sama happy  buat selamanya.. Thanks juga buat rakan-rakan facebook, blogger, Elkenian dan semua yang mengenali atas ucapan dan doa kalian buat kami. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.. Kenangan paling terindah buat kami berdua. Lots of love from me... Misya & Japster...^_____^



Misya : Amal doa Rabbi Yassir Wala Tu Assir... (Dipermudahkan segalanya)

7 comments:

  1. Tahniah ...
    Bella pun nak sanding gak ahaaks .. cam best je miahahaha..

    ReplyDelete
  2. tahniahhh kak :) pelamin tu cantik sgt!

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah.. Tq so much semua atas ucapan..=)

    ReplyDelete
  4. Tahniah aimi. selamat pengantin baru. pelamin cantik, makeup cantik, baju cantik, sume cantik. =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...