Syukur Alhamdulillah..!! Ya Allah sungguh besar kuasa Mu Ya Allah.. Hari ni hari yang sangat best dalam hidupku.. Setelah berbulan-bulan persengketaan, malam ni, aku digembirakan dengan sesuatu yang aku dambakan.. Aku tahu sebelum aku melakukannya, pasti akan ada risikonya. Sama ada ditolak, dimarahi, atau apa-apa sahaja kemungkinan, sememangnya aku dah bersedia. Aku rasa seperti bayi baru dilahirkan pun ada! Serius!
Begitulah hebatnya kuasa kemaafan! Ya! Kuasa kemaafan... Seperti juga aku mohon ampun kepada ayahbonda ku tiap kali wat salah, sama juga kemaafan yang aku pinta daripada orang lain. Memang selama ni hidup aku diburu rasa bersalah sangat-sangat. Teringat peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang pernah berlalu dalam hidup aku bersama seseorang yang aku sangat hormati, membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah kemaafan itu. Mungkin kemaafan itu tidak semestinya dapat mengembalikan kenangan-kenangan indah lalu, tapi sekurang-kurangnya hati dan jiwa lebih tenang dan bahagia..:)
Masa mula-mula aku mencoretkan sesuatu untuk menghulurkan salam kemaafan daripada dia, aku rasa berat sangat. Seolah-olah aku akan berdepan dengan bencana yang sangat besar. Takut nak hadapi risiko yang bakal mendatang. Tapi Alhamdulillah berkat kekuatan yang diberi oleh kawan-kawan, si dia serta doa dan petunjuk Ilahi, aku teruskan juga salam kemaafan itu. Walaupun hati ku rasa tersayat sangat-sangat sewaktu mengukir bait-bait kata kemaafan. Apa yang aku fikir ketika itu adalah untuk melakukan sesuatu yang baik sebelum segalanya benar-benar terlambat. Niat aku betul-betul ikhlas mahu memohon maaf daripadanya. Tiada niat lain. Jika aku tidak dimaafkan sekalipun, aku redha dan pasrah kepada Allah s.w.t kerana aku telah berusaha dan selebihnya Allah yang menentukan..
Walaupun aku menanti agak lama untuk menunggu balasan kemaafan yang aku pohon, aku tetap bersabar menanti kemungkinan yang terjadi. Aku terpaksa menghantar benda yang sama berulang kali memandangkan terdapat masalah miss-communication dalam talian. Tapi tak mengapalah, itu mungkin ujian daripada Allah untuk aku.. Supaya sabar dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Yang paling penting niat kita ikhlas. InsyaAllah benda yang baik akan terjadi kalau kita berniat baik..
And finally Alhamdulillah, salam kemaafan dari aku telah pun disambut dengan baik. Walaupun aku agak terlewat menerimanya kerana masalah komunikasi yang sama. Aku benar-benar rasa bersyukur, teruja, gembira dan sangat terharu. Sesungguhnya, dia seorang yang sangat baik dan aku benar-benar sedar bahawa sebuah kemaafan dalam persahabatan, atau dalam apa jua perhubungan sangatlah berharga. Kita lebih bermuhasabah diri dan akan cuba memperbaiki kesilapan yang pernah kita lakukan. Aku akan dengar nasihat-nasihat rakan yang boleh diambil iktibar dan akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Bila silap langkah, pasti kita akan menyesal 1 hari nanti. Memang betul kata dia, peluang kedua bukan semua orang boleh dapat. Alangkah mulianya hati nya kerana sanggup berikan peluang kedua itu untuk aku. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih banyak-banyak buat insan yang sangat aku hormati..
Buat anda semua, maaf saya tak dapat beritahu siapa atau apa yang berlaku sebenarnya secara detail dalam blog saya ni. Cukuplah saya katakan bahawa, apa-apa kita buat, janganlah ada sengketa atau dendam dalam diri kerana kelak ia akan memakan diri sendiri. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya ditentukan oleh Allah, jadi janganlah sesekali kita sia-siakan hidup kita dengan perasaan yang akan merugikan diri sendiri. Mungkin sekarang kita tak nampak. Tapi lama-lama Allah maha berkuasa tu akan tunjukkan bahawa diri kita ni sekadar hambaNya yang tidak berdaya apa-apa melainkan beribadah kepadaNya dan berbaik-baik sesama manusia. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.