Sejak 2 menjak ni nape aku macam kekurangan semangat nak bekerja?? Dalam otak aku ni, bila fikir pasal kerja je, rasa macam seketul batu besar menghempap! Aku betul-betul rasa tak best ngan kerja aku sekarang. Sebab ape? Aku sendiri tak sure sebab apa. Tapi memang aku rasa tak best. Nak pergi kerja pun macam rasa terpaksa je. Rasa berat je nak melangkah ke pejabat selepas keluar dari perut kereta tatkala ayahanda ku memberhentikan keretanya di tepi Lobi Utama Blok E7, Kompleks E ni. Kadang-kadang semangat dah ada. Tapi bila teringat bidang tugas dan kerja-kerja yang semakin bertambah, lagi buat aku hilang fokus. Sejak rombakan semula organisasi seksyen, aku diberikan tugas yang aku memang tak berapa berkenan nak buat. AUDIT! Aku lebih suka tugas sebelum ni. Walaupun setakat 1 minggu je aku pegang tugas tu tapi aku dah jatuh cinta nak teruskan. Aku lebih suka deal dengan public. Anjurkan kursus ke, meeting ke, jaga exam ke. Aku lebih suka begitu. Dapat mengenali ramai orang di luar sana yang perlukan bantuan dan perkhidmatan dari tempat kerjaku. Tapi satu je tak best, terdedah pada orang-orang yang suka ambil kesempatan!
Nak dijadikan cerita, boleh pulak sorang lelaki ni call aku minta tolong luluskan exam dia! Patut ke?? Oh no no no no... Boleh pulak dia nak datang office, nak offer2, discuss2 kononnya. Oh mintak maaf! Saya bukan pegawai sebegitu ok. Saya pegawai yang telus, jujur dan amanah! InsyaAllah. Tapi benda-benda gitu memang menakutkan juga. Biasalah, public ni macam-macam jenis orang ada. Selagi ada saluran untuk kepentingan diri, masing-masing try and error la buat macam tu. Ya Allah hai, moga aku dijauhkan daripada benda-benda yang boleh mencalar kredibiliti ku sebagai pegawai kerajaan. (Walaupun kontrak je)
AUDIT?? Nape aku tak suka audit? Entahlah.. Payah nak menjawabnya. Tapi memang masa mula-mula aku diberi tugas ni, aku rasa berat sangat-sangat nak terima. Tak sesuai dengan jiwa aku kot. Audit ni lebih sesuai untuk lelaki sebenarnya. Tapi disebabkan dah takde staf lelaki dalam seksyen ni, maka aku jugalah kena ambilalih. Lagipun, bos cik kak "kesayangan ramai" tu juga nak aku ambil tugas ni sebab aku je yang tinggal dan lebih sesuai. Daripada aku ambil balik tugas lama buat modul tu, baiklah aku terima tugas audit ni. Em nampak senang. Tapi kena banyak berfikir. Penat sebenarnya berfikir. Sama je macam buat modul dulu. Bezanya, modul nampak apa kita nak cari. Tapi audit, pening woo... Kena pulak ada institut yang buat hal, 1 keje nak g turun menyiasat. Dah macam detektif FBI pon ada. Argggh serius aku tak minat. Update database je makan masa sebulan! Mana tak nya, dari bulan Mac, tak pernah update. Nasib baiklah ada bebudak attachment tolong wat. Alhamdulillah siap update. Tapi belum selesai lagi tu. kena analisis pulakkkk! Adus.. Cik bos dah ajak wat discussion. Nak discuss apa pun aku tak tahu. Serius no idea!!:(
Apa yang tak bestnya, memang aku rasa takde semangat nak buat kerja. Why?? Tak tahulah sebab utamanya apa. Tapi mungkin faktor masa yang semakin hampir dengan penamatan kontrak aku kot. 2 hari lepas baru je nak happy, konon-konon kontrak disambung. Tapi hari ni dapat tahu bukan semua jenis kontrak disambung. Hampeh!! Kaciwa nya hati ku..:'( huhuhuhhu....(Nangislah kononnya) tapi dalam hati jela..
Mana lah aku nak cari kerja ni. Nasib baiklah Allah nak beri rezeki sikit dapat duit raya RM500 tu. Dapat juga aku guna bayar road tax ngan insurans bernilai seribu lebih tu! Kalau tak, tinggal singgit dua jela dalam bank tu nanti. Ni ibu aku nak operation mata tak lama lagi. Aku sendiri pun tak dapat bantu untuk kos operation tu. Ibu aku tak kisah tapi sedikit sebanyak sebagai anak, terasa juga lah aku. Hmmm... Tetibe sebak pula rasa.:( Yela, kalau nak fikir susah, ada lagi orang lebih susah. Tapi aku memang tak boleh tengok ibu aku susah payah lagi cari duit. Cukuplah dia kerja sampai dia pencen nanti. Aku harap 1 hari nanti ada lah rezeki untuk aku.
Dengan kerjaya sekarang ni, memakan banyak tahun lagi kalau nak stabil terutama dari segi kewangan. Tu pun kalau tak tanam anggur lepas ni. Teringin juga nak beli rumah ke, or apa-apa yang lebih berharga untuk masa depan. Nak kahwin, em jauh lagilah nak fikir. Kalau nak kahwin pun aku nak kumpul duit sendiri. Taknak lagi diperlekeh-lekehkan macam aku perempuan tak reti berdikari. I'm not that type of lady okeys.. Cett tetibe nak emosi plak. huhu.. Sape yang taknak kahwin kan? Berkeluarga, ada suami yang melindungi, ada anak-anak.. Impian setiap wanita di muka bumi ni. Pape pun, yang penting suami aku tu beriman, beragama, kerja elok, keturunan baik-baik. Soal berharta ke, rupa handsome ke, putih melepak macam salji ke, itu semua bukan pilihan utama. Dulu aku selalu dikenalkan dengan orang-orang sebegitu. Memang, dorang banyak kelebihan. And berjaya buat aku jatuh cinta dan sukar nak dilupakan. Tapi akhirnya, aku juga dikecewakan. Biarlah sekarang aku pilih yang sederhana. Tak handsome, tak putih melepak, tak kaya, tak pangkat tinggi, cukuplah seorang yang sederhana dan benar-benar mengambil berat tentang diriku pun aku dah cukup bersyukur. Dan yang paling penting boleh bimbingku dunia akhirat. Ada jodoh, InsyaAllah... Kalau tiada, mungkin ada yang lebih baik di luar sana. Tiada siapa yang tahu...
Takpelah, untuk kerjaya ku, tiap hari aku berdoa semoga dimurahkan rezeki oleh Nya. Ibu selalu pesan amalkan ayat Seribu Dinar dan Surah Al-Waqiah tiap hari. InsyaAllah dimurahkan rezeki.. Amin..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.