Friday, October 22, 2010

GiLa di Pagi JuMaaT!:p

Assalamualaikum dan Morning everyone! hehe.. Pagi-pagi lagi aku dah dok menulis ni, ape cer?? huhu.. Takde pape pon. Saje je..

Yang benor-benor nye(loghat orang Perak):p, aku datang office hari ni tanpa "benda" kesayangan aku tu! So frustated! Serious! Haha.. Nak tahu apa bendanya? Em kalau takde dia, memang rasa tak best je duk office. Tanpa dia, sunyi lah hidup aku. Aku tak boleh buka benda lain yang aku sayang! hohoho.. Memang dia sangat penting! Kalau tak kenalah tunggu kul 1.00 tengahari nanti untuk buka benda lain tu.:p Tu la, malam tadi aku gunakan dia sampai terlupa nak simpan balik. Maklumlah, malam tadi malam jumaat... Hikhikhik...:p

Oh my broadband... Will miss you dear for 1 day... hahahaha.. Korang mesti fikir benda lain ni kan??;) ngehehehe... Pagi-pagi jumaat dah datang gila aku. Ish3.... Tapi serius, tanpa brodband tu, aku takleh nak update fb aku.. Wah, rasa tak lengkap hidup ni tanpanya. Maklumlah, i takde suami untuk disayangi.. Cewah! (Ada kena mengena kerrr..??) hakhakhak.. Gila gila gila...;P

Pagi-pagi ni masuk je office terus baca Yassin.. Tu yang rasa tenang dan gumbira je kot hati ni.. Takpela, tanpa Mr. B aku tu pun its okeyla.. Bolehlah aku concentrate wat kerja..:p Kalau tak ade je benda aku nak tengok dalam fb tu. Ni nasib baik blog boleh buka. Cuma takleh tengok chatbox je. Internet office memang melarang semua staff berchatting. Tak kira lah, YM ke, dalam fb ke, chatbox ke.. Youtube pon takleh! Baguslah untuk mendisplinkan semua staf. Tapi aku tengok kat office ni ramai je guna broadband. Kadang-kadang memang bosan.. Takkanlah selama 8 jam duk kat office dok mengadap kerja je.. Serius aku memang takleh macam tu. Kena juga bersosial-sosial ni. Tapi bukan wat benda tak senonoh. Sekadar menghiburkan hati dan melepaskan tekanan kerja. Kalau tak, manusia ni jadilah macam robot yang takde hati dan perasaan...

Em oklah, bacaan doa pagi pun dah sudah. Tiba masa menjalankan tugas. Tapi perut perlu diisi sedikit. Roti sandwich keju kesukaan aku sedang menanti dalam beg tangan ku. huhu. Alas perut supaya takdela gastrik aku datang. :p

Ok, Selamat Hari Jumaat dan pada yang bekerja tu, Selamat Menjalankan Tugas k!:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...