Sunday, October 17, 2010

Jenis LELAKI Idaman Wanita??

Sekadar berkongsi...

LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting wanita sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.


LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan orang perempuan. Orang perempuan kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.


LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum wanita yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.

3 ciri-ciri ni diambil daripada nota ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA(facebook). Bagi aku, yang paling penting adalah LELAKI YANG BERAGAMA DAN BOLEH MEMBIMBINGKU DUNIA AKHIRAT. Itulah ciri-ciri sebaik-baiknya yang dituntut dalam agama Islam. Lelaki pun sama juga. Jahat-jahat or nakal-nakal mereka, mereka tetap akan cari isteri yang baik untuk dijadikan teman hidup. Itulah lumrah manusia.. Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...